Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jadilah Diri Kamu Sendiri (Kun Anta)

Jadilah Diri Sendiri (Kun anta)

jadi diri sendiri, kun anta

Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga.

dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan.

Tetapi yang kuperoleh hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dari dalam (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.

kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita. semakin bertambah hingga ke atas.

Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada.

Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku.

hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti.

Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku.

aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku.


Terjemahan lirik lagu Kun Anta nyanyian Humood Alkhuder.

Pernah tak anda merasa cemburu dengan rakan anda kerana kelebihan yang ada padanya? Lalu kita ikut setiap apa yang dipakainya, perwatakannya supaya menjadi perhatian ramai dan berbangga dengan apa yang dilakukan. Apa yang akan dapat daripada 'tiru' orang ini? Adakah orang akan pandang sama seperti orang 'ditiru' itu?

Saya pernah baca novel remaja bertajuk 'Aku Mahu Popular' tulisan Ain Maisarah. Novel ini mengisahkan tentang dua orang rakan karib yang pandai dalam pelajaran ingin menjadi popular di sekolah mereka. Mereka cemburu dengan ke'popular'an satu kumpulan iaitu 'The Wannababes' yang memang popular di sekolah mereka. Anak orang kaya, berduit dan cantik..memang popular la kan. Kumpulan ini sering menjadi perhatian umum di sekolah tersebut. Tetapi kumpulan ini bersikap sombong dan berlagak.

Dua orang rakan karib tadi ingin menegakkan keadilan. Dalam masa yang sama juga mereka ingin jadi popular. Jadi, mereka cuba untuk mengikut cara berpakaian dan perwatakan. Kerana mahu popular, segala yang tidak disukai menjadi ikutan. Daripada menegakkan keadilan, ingin menjadi popular sehinggalah ingin membalas dendam terhadap kumpulan The Wannababes. Namun, akhirnya mereka sedar dan menyesal akan kesilapan yang telah dilakukan akibat satu peristiwa membuka hati mereka. Dengan kepandaian mereka dalam bidang akademik yang tidak disia-siakan, membuatkan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sekali gus menjadikan mereka popular sekelip mata. Seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti pilihan mereka.

Jadi, daripada cerita di atas, menjadi diri sendiri adalah yang terbaik dan pastinya mendapat kepuasan yang maksimum. Tidak perlu fikir banyak perkara. Hanya ikut cara sendiri sahaja kerana sudah menjadi kebiasaan. Yang penting, teroka, tonjol dan keluarkan bakat terpendam yang mampu meningkatkan tahap keyakinan diri. Setiap manusia dikurniakan kelebihan dan bakat yang berbeza.

jadi diri sendiri, kun anta


Apa yang penting, jadilah diri sendiri. Yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang ada dalam diri. Percaya dengan kemampuan diri. Teroka dan tonjolkan bakat terpendam anda. Gunakan kelebihan itu ke arah jalan yang baik. Dan tidak perlu bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Kepuasan pasti terbit atas kesungguhan.




5 ulasan for "Jadilah Diri Kamu Sendiri (Kun Anta)"

  1. Betul tu. Yakin dengan diri baru orang akan yakin dengan kita..

    BalasPadam
  2. jadi diri sendiri utk lebih bahagia...
    jgn under estimate ttg kebolehaan diri sendiri

    setiap org ade kekurangan dan kelebihan yg ALLAH bagi

    BalasPadam
  3. Jadi diri sendiri..bebaskan diri dari kepura puraan..in sya Allah lebih bahagia..

    BalasPadam
  4. penat kalo nak berlakon spanjang masa. letih nak puaskan hati semua org. just be yourself :)

    BalasPadam