Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kejayaan Milik Orang yang Berusaha

Kejayaan Milik Orang yang Berusaha

kejayaan, berjaya, maisarahsidi.com

Bak kata pepatah Arab yang biasa kita dengar, man jadda wajada wa man zara'a hasoda. Pepatah Arab tersebut bermaksud sesiapa yang berusaha (InsyAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya dan sesiapa yang bercucuk tanam (InsyAllah) akan menuai hasilnya." 

Apakah pengajaran yang kita dapat daripada pepatah tersebut?

Setiap kejayaan seseorang, bermula daripada susah payahnya dalam menempuh dugaan dan cabaran sehinggalah kejayaan dapat diraih dan dirasai dengan penuh rasa syukur. Kejayaan tidak datang bergolek seperti guli yang dibaling tepat mengenai sasarannya. Di sebalik usaha yang dilakukan, akan terbit rasa puas hati. Perasaan itulah yang membuatkan kita lebih menghargai kejayaan yang dikecapi setelah berpenat lelah menggapainya.

Pintu rezeki, pahala, ilmu, kegembiraan dan kebaikan amat luas. Jadi, sesiapa yang berusaha, dialah yang dapat memasuki pintu tersebut.

Bagaimana menghargai kejayaan yang telah dikecapi?

Bersyukur kepada Allah adalah cara paling terbaik menghargai kejayaan kita. Sekuat mana usaha kita, jika Allah tidak perkenankan, tidak ketemu juga kejayaannya. Maka bersyukur adalah cara yang terbaik, utama dan paling mudah dilakukan. Jangan sesekali sombong dan berlagak dengan kejayaan kita. 

Juga jangan dilupakan kepada orang yang menjadi tulang belakang yang kuat memberikan sokongan kepada kita sepanjang perjalanan menuju kejayaan. 

Nikmat yang Allah kurniakan tidak terhitung banyaknya. Cuma kita sebagai hambaNya perlu menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya. 


Akhir sekali, dalam menempuhi dugaan dan cabaran untuk meraih kejayaan, lakukanlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. InsyaAllah pasti manis akhirnya.

Kalau tidak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya.



Nak tempah design?



4 ulasan for "Kejayaan Milik Orang yang Berusaha"

  1. Salam Khamis..
    singgah sini pagi ini..

    BalasPadam
  2. Betul tu..... Success is small amount of efforts, repeated day in and out.. yeahhh

    BalasPadam
  3. Betul tu.. Syukurlah seadanya..dengan cara yg diredhainya...

    BalasPadam
  4. tiada kejayaan tanpa usaha..

    janji ALLAH

    man jadda wa jada..
    sape yg berusaha pasti berjayaa..insyaAllah

    BalasPadam