Kelebihan Bulan Zulhijjah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

14 September 2015

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Pejam celik, kita telah melangkah ke bulan Zulhijjah. Sebut saja Zulhijjah, pastinya kita teringat tentang ibadat haji. Apa yang anda tahu tentang bulan Zulhijjah ini? 

Umum mengetahui bahawa ibadat haji ditunaikan bagi yang mampu pada bulan Zulhijjah. Bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji, jangan risau. Pelbagai kelebihan yang Allah kurniakan pada bulan ini. Marilah sama-sama kita perbanyakkan amalan kebaikan. Istimewanya bulan Zulhijjah ini! 

zulhijjah

Amalan-amalan pada yang dianjurkan pada bulan Zulhijjah:

1. Disunatkan memperbanyakkan puasa terutamanya pada tanggal 9 Zulhijjah .
Dari Abu Qatadah, dari rasulullah salallahualaihi wasallam  bersabda: "Berpuasa pada hari A'rafah (9 Zulhijjah) kerana mengharapkan pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun sesudahnya" (Hadis Riwayat Muslim)

2. Disunatkan memperbanyakkan tahmid, tahlil, takbir dan zikir.

3. Yang paling afdhal ditunaikan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah adalah menunaikan ibadat haji ke Baitullah bagi yang mampu.

4. Disunatkan untuk berkorban pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

5. Bertaubat daripada dosa serta tidak melakukan kezaliman.

6. Memperbanyak amal soleh seperti solat, membaca al-Quran, bersedekah, berdoa, membuat kebajikan dan lain-lain lagi.

* Esok 1 Zulhijjah kan? Jom puasa!





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda