Lebih 4 Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari ! - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

09 September 2015

Lebih 4 Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari !

Lebih 4 Juta Rakyat Malaysia Merokok Setiap Hari !

Bahaya rokok dianggap perkara remeh oleh penghisap rokok tegar. Mereka tahu akan bahayanya tetapi tetap meneruskan perbuatan yang salah itu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Pada kotak rokok juga diletakkan gambar-gambar penyakit akibat merokok sebagai peringatan. Namun, ia tidak memberi kesan kepada mereka.
merokok, perokok, merokok haram

Di Kota Kinabalu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tinjauan pada 2011 oleh Global Perokok Dewasa Malaysia (GATS) mendapati kira-kira 4.3 juta atau 20.9 peratus penduduk Malaysia mengamalkan tabiat merokok setiap hari. Wah, satu angka yang besar tu! Nasib baik belum cecah angka 2.6 bilion.

Hmmm..mana tak dapat penyakit berkaitan sistem pernafasan, sudah lebih 4 JUTA RAKYAT MALAYSIA MEROKOK SETIAP HARI. Disebabkan rokok, macam-macam jenis penyakit muncul. Bukan yang berkaitan dengan sistem pernafasan saja, sistem dalam badan yang lain turut terganggu akibat rokok. Tapi kenapa masih mahu merokok? Orang yang berada di sekeliling perokok juga turut terkena kesannya.

merokok, perokok, merokok haram

Selain daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan, kesan daripda asap rokok yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti angin ahmar (strok), barah mulut, bronkitis, sakit jantung, tekanan darah tinggi, ulser peptik, barah rahim, barah buah pinggang dan pankreas, kerosakan gigi dan gusi dan tahap kesuburan menurun (kerana kurang penghasilan sperma). Mak aihhh...kalau dah banyak mcam ni kesannya, masih mahu teruskan lagi ke merokok tu? 

Apabila ditanya punca atau alasan untuk merokok, perokok menjawab merokok memberikan ketenangan kepada mereka. Selain itu, merokok juga membuatkan mereka berasa kenyang. Ada yang menjadikan merokok sebagai trend. Terutamanya golongan pelajar sekolah. Nak tunjuk power la kononya, lama-lama ketagih sampai ke tua.

Golongan wanita juga tidak terkecuali. Yang sedang mengandung pun ada yang merokok juga. Mereka juga merokok atas sebab yang sama. Ada yang merokok kerana mahu cepat kurus. Kalau saya, rela lagi makan nasi 3 pinggan daripada sedut asap rokok yang membahayakan kesihatan diri. Banyak cara lain lagi yang boleh diamalkan untuk mendapat bentuk badan yang ideal selain merokok. Mungkin mereka ingin mendapat hasil yang cepat, jadi merokok menjadi pilihan utama. 

Melihat angka perokok di Malaysia begitu besar, semua pihak tidak kira pemimpin negara mahupun rakyat wajar melaksanakan tindakan bagi membendung gejala merokok ini. Bermula daripada peringkat sekolah lagi perlu dikawal. 

Mungkin ada sebahagiannya mengatakan rokok adalah salah satu sumber pendapatan besar negara ini, tapi perlu diingatkan bahawa kesihatan adalah nikmat yang paling berharga. Jika rakyat sihat, negara juga akan maju ke hadapan.

Untuk pengetahuan umum, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam muzakarah kali ke-37 pada 23 Marc 1995 telah memutuskan bahawa merokok adalah haram. Haram tu... jadi masih mahu teruskan merokok? Anda fikirlah sendiri . . .

Sumber: Sinar Harian, Buku Panduan Mencerdaskan Minda oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood dan Jaafar Salleh, dan beberapa orang responden ditanya secara kaedah temuduga.





6 comments:

  1. susah kalau yang jadi perokok tegar ni...huhu

    ReplyDelete
  2. ramai gila bunuh diri......

    ReplyDelete
  3. tu pon malaysia tak kaya2 jugak..haha..cukai rokok pon tinggi tuu.. macam manager akak, 1 hari 2-3 kotak rokok sehari pon tahan..tu pon panjang umur dia,..grrrrr..

    ReplyDelete
  4. Nak berhenti merokok memang susah sangat kan...
    Kena nak 1000 daya sungguh..

    ReplyDelete
  5. My dad sehari hisap sekotak rokok..mmg x bole advice dh la..huhu

    Follow my blog ya! TQ

    ReplyDelete
  6. hello mai...my designer... :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda