Rahsia Tersembunyi Ketika Sujud - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

17 September 2015

Rahsia Tersembunyi Ketika Sujud

Rahsia Tersembunyi Ketika Sujud

hikmah sujud, rahsia sujud

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai rahsia yang tersembunyi ketika sujud. Padahal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara rahsia lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- Melegakan sakit hernia (burut)

- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- Meringankan bahagian pelvis.

- Memberi dorongan supaya mudah tidur.

- Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- Mengurangkan kegemukan.

- Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Beruntung umat Islam yang diberi nikmat solat oleh Allah. Solat juga satu senaman mudah. Jadi, solat dengan khusyu', tertib dan yang penting jangan tergesa-gesa nak habiskan solat cepat. Ingat, panjangkan waktu sujud ketika solat. Selain daripada ketika solat juga boleh bersujud.





8 comments:

  1. Betul tu.. Ramai yang tak tau ...

    Jom follow blog mak yang..

    zalminhealthcare.blogspot.com
    werdapuchong.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. wah..banyak info dan ilmu kita boleh dapat ni..thanks..perkongsia yang bermanfaat ni.. http://firohar.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Subhanallah, Allah memang baiknya minta ampun ya Mak, : )

    ReplyDelete
  5. Kurangkan sakit kepala juga

    ReplyDelete
  6. Banyak manfaat sujud ni, untung kita sebagai orang islam

    ReplyDelete
  7. follow dan singgah disini dari g.a mimin adam :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda