Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cabaran7hari | Filem yang Menjadi Pilihan

Cabaran7hari | Filem yang Menjadi Pilihan

Filem ini menjadi pilihan...filem apa? Teruskan membaca . . .


FILEM 3 IDIOTS

3 Idiots

Apa yang menariknya filem 3 Idiots ini? 

3 Idiots bukan cerita orang bodoh tetapi ia berkisar tentang orang yang pandai, bijak serta mampu menyelesaikan masalah yang sukar dengan penuh kesungguhan sehingga berjaya. Ia sarat dengan pengajaran yang boleh kita jadikan ikutan. Yang tak berkenaan tu, jangan la ikut pulak ye ;)

Filem ini memang menghiburkan. Ada masa ketawa, ada masa menangis. Dalam gelak tawa dan tangis, pelbagai mesej tersirat yang disampaikan. 

Apa yang saya dapat daripada filem ini ialah:

1. Lakukan sesuatu perkara atau pekerjaan tanpa putus asa sehingga berjaya dan dapat hasilnya.
2. Dalam menuntut ilmu apa sekalipun, amat penting bagi kita untuk memahami ilmu tersebut. Jangan main hafal dan ikut lurus je.
3. Setiap masalah ada penyelesaiannya walaupun kita merasakan masalah itu tak mampu kita pikul sendiri. 
4. Bersatu dalam menyelesaikan setiap masalah.
5. Mementingkan ikatan persahabatan dan tidak pentingkan diri sendiri.
6. Berusaha untuk membantu orang yang memerlukan...

dan macam-macam lagi mesej tersirat dalam filem ini. Pendek kata, filem ini memang bagus menjadi tatapan umum.

Sebenarnya dah banyak kali saya tonton filem ini. Memang tak jemu. Hinghly recommended..kalau tengah bersedih, layan filem ni, confirm hepi semacam je lepas tu.hehe

Anda pula bagaimana? Filem atau drama tv apa yang menjadi kegemaran anda?

Cabaran7hari InstaBlog yang lain:
Jom sama-sama sertai dan meriahkan Cabaran InstaBlog 7 Hari EFGKBBA.



2 ulasan for "Cabaran7hari | Filem yang Menjadi Pilihan"

  1. tengok banyak kali pun takpe. best sangat cerita ni.. :ng :ng :ng

    BalasPadam
  2. best sangat citer ni..kite sampai nangis2 kot tgk cter ni..huhuhu

    BalasPadam