Resepi | Biskut Tiramisu - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

05 October 2015

Resepi | Biskut Tiramisu

Resepi Biskut Tiramisu

Jom cuba resepi biskut tiramisu yang lazat ini. Yang penting sedap dan mudah disediakan.


Biskut Tiramisu

Bahan-bahan:

1 paket biskut Duluxe Crackers
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
4 sudu makan tepung kastard
1 cawan air
Secubit garam
Serbuk Vico/Milo secukupnya

Cara membuatnya:

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam di dalam periuk.
2. Masak dan kacau campuran tadi dengan menggunakan api yang perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
3. Setelah pekat (tekstur seperti krim), tutup api.
4. Susun biskut dalam loyang atau bekas.
5. Sendukkan sedikit adunan yang telah masak tadi, letak di atas lapisan biskut dan ratakan sehingga menutupi lapisan biskut. Kemudian taburkan serbuk Vico/Milo.
6. Ulang langkah 5 sehingga biskut dan adunan habis.
7. Lapisan terakhir (paling atas), ratakan adunan dan lebihkan taburan serbuk Vico/Milo.
8. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Mudah je kan? Selamat mencuba!


8 comments:

  1. Hmm...sedapnya..

    ReplyDelete
  2. sebab dah terliur rasa macam nak cuba jer....

    ReplyDelete
  3. JOM JOIN GA NI.RM200 MENANTI ANDA!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. Huishhh sedapnya.. Blh try buat nanti

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang macam sheese kut jugak kan? Sedapnya !

    ReplyDelete
  6. kena try !

    ohh kalori.. heee

    ReplyDelete
  7. Copy resepi ni deh..nak try buat petang ni..Hihi.

    ReplyDelete
  8. dapnyaa.. husna mark! hehehe mekaseh..;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda