Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tuntut Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad

Tuntut Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad

Ilmu. Ada apa dengan ilmu? 

ilmu, knowledge

Dengan ilmu, daripada kurang cerdik akan menjadi lebih cerdik dan berakal.
Dengan ilmu, kita tidak mudah diperbodohkan.
Dengan ilmu, kita dekat denganNya.
Dengan ilmu, kita tidak mudah ditipu.
Dengan ilmu, kita dapat memajukan diri. 
Dengan ilmu, kita dapat bantu orang lain.
Dengan ilmu, hidup akan menjadi senang.
Dengan ilmu, kita dapat kembangkan ilmu itu.
Dengan ilmu, bahagia menanti di akhirat kelak.
Dengan ilmu, segala-galanya mungkin berlaku.

Ilmu boleh didapati di mana sahaja tidak mengira waktu. Bukan hanya belajar di sekolah atau mana-mana institusi pendidikan sahaja kita dapat ilmu, tetapi ilmu juga boleh dapat melalui pengalaman, kegagalan, kejayaan, apa yang kita sedang perhati sekarang mahupun harian, daripada sekeliling kita, masjid, surau dan lain-lain lagi.

Menuntut ilmu wajib ke atas setiap orang Islam. Mengapa? Dengan ilmu kita dapat jaga agama Islam daripada ditindas oleh musuh yang sentiasa mencari peluang untuk runtuhkannya. Sebaik-baik ilmu adalah bersama agama.

Tanpa ilmu, mungkin susah untuk kita menghadapi dunia yang semakin mencabar ini. Ilmu adalah cahaya yang memandu kehidupan kita. Namun jika kita miliki ilmu jangan lokek untuk berkongsi dengan yang lain dan amalkan ilmu itu. Amat rugi jika ilmu yang telah dipelajari, dibiarkan begitu sahaja tanpa amal. Seperti kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Ini bermaksud, kita punyai asasnya iaitu ilmu tetapi jika tidak diamalkan mana mungkin ilmu yang kita ada itu akan bertambah atau meluas dan diri kita juga akan kekal berada di takuk lama. 

Kesimpulannya, ilmu amat penting dalam kehidupan seharian. Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad. Jangan pernah kata 'aku tidak cukup masa untuk belajar'. 

Ilmu bukan pada pointer, tetapi pointer ada pada ilmu.
Tuntutlah ilmu kerana Allah.


6 ulasan for "Tuntut Ilmu dari Buaian Sehingga ke Liang Lahad"

  1. betul tu kak, makin kita belajar makin kita tak tahu sebenarnya, lemahnya kita. :p

    BalasPadam
  2. betul tu kak, makin kita belajar makin kita tak tahu sebenarnya, lemahnya kita. :p

    BalasPadam
  3. betul..kalau ada peluang tu timba ilmu tu rebut la ..Macam akak ni tak de peluang dulu..keluarga susuah..

    ceh!!alasan..padahal malas..heheh

    BalasPadam
  4. Jangan berhenti untuk belajar

    BalasPadam
  5. yg membezakan seseorang dgn yg lain adalah dgn ilmu..

    BalasPadam
  6. Betul tu. Jangan pernah berhenti mencari ilmu..

    BalasPadam