Umur Semakin Bertambah - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

26 October 2015

Umur Semakin Bertambah

Umur Semakin Bertambah

Alhamdulillah..hari ini dan ketika ini masih lagi dapat merasai nikmat Allah. 26 Oktober, merupakan tarikh lahir saya. Ini bermakna umur saya semakin bertambah. Sebenarnya, setiap hari tanpa disedari umur kita bertambah.

hari lahir, birthday, usia, umur

Umur hanya angka? Ya, betul tu. Umur hanya angka tetapi angka yang semakin bertambah kiraannya. Semakin bertambah umur kita, semakin banyak kita berfikir. Berfikir tentang diri, masa depan dan lain-lain lagi. 

Pertambahan umur mematangkan diri dan fikiran kita terhadap sesuatu perkara. Benarkah begitu? Bagi saya, ia memang benar. Apa yang telah dilakukan sebelum ini menjadi pengajaran buat diri. Perkara lalu menjadi pengalaman adalah 'guru', mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam segala hal.

Apa yang telah dilakukan sebelum memasuki umur baru? Banyak mana amalan baik yang telah dilaksanakan sebelum ini? Jom sama-sama 'check' amalan baik yang telah dilakukan sebelum ini dan tingkatkan dari sehari ke sehari. Sentiasa muhasabah diri. Semoga diri kita menjadi lebih baik seiring pertambahan umur. InsyaAllah.



11 comments:

  1. Sanah helwah kak,
    eh betul ke idok kak ni, maaf ya kalau bukan kak,

    moga diberkati dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah khairan..takpe mana2 pun boleh, tak kisah pun,hehe :)
      insyaAllah amin..wallahuyubarikfi

      Delete
  2. happy besday..semoga sentiasa dlm rahmat allah.done follow blog ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakillah khairan..insyaAllah amin. ok, sy terjah blog sis nanti :)

      Delete
  3. happy birthday. semoga panjang umur, murah rezeki =)

    ReplyDelete
  4. happy birthdayy maisarah :) smoga bertambah iman seiring dgn peningkatan umur :)

    ReplyDelete
  5. Selamat pjg umur...semoga sentiasa dlm lindungan Allah swt

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday!
    Manusia mengira umur semakin bertambah.
    Malaikat mengira umur manusia semakin berkurang.

    ReplyDelete
  7. Happy bitthdayyyy yunk!! May Allah bless u, semoga dimurahkan rezekindan diberikan kesihatan berpanjangan

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir, Semoga Allah pnjgkan umur dan murahkn rezeki selalu :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda