Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Permohonan Melanjutkan Pelajaran Secara Manual di UiTM Perlis

Permohonan Melanjutkan Pelajaran di Peringkat Diploma Secara Manual di UiTM Perlis

mohon diploma uitm


Pengumuman daripada Rektor UiTM Perlis melalui akaun Facebook beliau.

Pada 22 November ini pelajar-pelajar baru peringkat diploma akan mendaftar di UiTM Perlis. Masih ada tempat kekurangan calon untuk 7 program pengajian. Oleh itu UiTM Perlis membuka permohonan secara manual untuk calon-calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disyaratkan. Sehubungan itu, calon-calon yang layak dan berminat melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dijemput hadir ke Kompleks STAR UiTM Perlis pada 12-13 November 2015 ini jam 9 hingga 4 petang untuk proses permohonan dan pemilihan. Sila bawa sijil2 asal dan salinan yang disahkan. 

Tujuh bidang pengajian yang berkenaan adalah:

1. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan.
2. Diploma Teknologi Polimer.
3. Diploma Kimia Perindustrian.
4. Diploma Sains.
5. Diploma Sains Komputer.
6. Diploma Sains Matematik, dan
7. Diploma Sains Geomatik.

Untuk syarat kemasukan sila rujuk melalui laman web: pengambilan.uitm.edu.my
Sila klik aplikasi syarat kemasukan.

Rumusan syarat minima adalah seperti berikut.

Diplom Sistem Maklumat Perakaunan (AC120): 5 kredit termasuk BM, Matematik dan BI (B) lulus Sejarah dan Matematik Tambahan.

Diplom Sains (AS120): 5 kredit termasuk BM, Matematik/Matematik Tambahan, BI, 2 kredit dan 1 lulus dalam Biologi, Fizik, Kimia serta lulus sejarah.

Diplom Sains Komputer: kredit BM, lulus Sejarah, kredit mana-mana dua mata pelajaran Sains dan 1 kredit mana-mana mata pelajaran.

Diplom Sains Geomatik: kredit BM, lulus Sejarah, kredit Matematik, BI, Fizik/Kimia/Bio/Sains Tambahan/Sains dan lulus Matematik Tambahan

Diplom Sains Matematik: kredit BM, lulus Sejarah, kredit Matematik, Matematik tambahan, Fizik/Kimia/Bio/ Sains Tambahan/Sains dan kredit BI

Diplom Teknologi Polimer: kredit BM, lulus Sejarah, kredit matematik/matematik tambahan, fizik/kimia dan BI.

Diplom Kimia Perindusterian: kredit BM, lulus Sejarah, kredit dalam Matematik/Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan BI.

Jika anda dan ada kenalan-kenalan yang layak dan berminat, boleh hadirkan diri di UiTM Perlis. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Dr Shaiful, Timbalan Rektor HEA melalui aplikasi Whatsapp atau melalui panggilan di talian 019-474 8234. Insya Allah beliau akan bantu memberi maklumat.

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak UiTM untuk anda. Yang penting anda dapat menuntut ilmu dengan selesa.

UiTM mengubah destini anak bangsa.


2 ulasan for "Permohonan Melanjutkan Pelajaran Secara Manual di UiTM Perlis"