Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah ﷺ

Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah

Assalamualaikum semua.

Kita telah pun menyambut Maulidur Rasul semalam bersamaan 12 Rabiulawal 1437H (Khamis). Tema sambutan Maulidur Rasul 1437H ialah 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara'. 

Rasulullah Nabi Muhammad ﷺ merupakan cahaya yang menyuluh kegelapan alam jahiliyyah. Hadirnya dinanti oleh umat manusia untuk menghentikan kekufuran dan kesyirikan.

Baginda Rasulullah ﷺ amat menyayangi umatnya. Baginda telah berusaha bersungguh dalam menyebarkan dakwahnya menegakkan Islam sehingga mencapai kejayaan. Pelbagai pengajaran dan nilai-nilai murni yang dapat kita ambil iktibar dan contohi daripada perjuangan dan keperibadian Rasulullah ﷺ. 

Namun, adakah kita sudah benar-benar kenal dengan Rasulullah ? Bagaimana dengan sejarah hidup baginda? Jom ketahui serba sedikit kronologi ringkas hidup Rasulullah ﷺ.

kronologi hidup Nabi Muhammad

Mengingati dan sayang baginda Rasulullah ﷺ bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul sahaja. Tetapi setiap hari, setiap masa dan tidak kira di mana kita berada. Mengikut sunnah Rasulullah ﷺ sama ada dalam perbuatan mahupun percakapan perlu diserapkan dalam diri. Sentiasa berselawat ke atas baginda Rasulullah , semoga kita sebagai umatnya mendapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak. InsyaAllah.

sunnah Nabi Muhammad


6 ulasan for "Kronologi Ringkas Hidup Rasulullah ﷺ"

  1. Allahuma soli ala Muhammad terima kasih share ringkasan ni ;)

    BalasPadam
  2. Wahhh bagus ni... Senang nak fhm bila tgok kronology kehidupan Rasulullah SAW

    BalasPadam
  3. Terbaik mai..terima kasih ya

    BalasPadam
  4. Nampak rezeki mai menyerlah dalam tempahan temlete blog tahnia ya

    BalasPadam
  5. nice sharing. salam maulidul rasul :)

    BalasPadam
  6. Terima Kasih Mai share nih....

    BalasPadam