Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Seorang Ibu Itu 'Bodoh' Kerana . . .

Jasa seorang ibu

jasa ibu

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah menghargai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

# 'Bodoh' di dalam ayat di atas bukanlah bermaksud bodoh yang sebenar. Pelbagai maksud disebalik 'bodoh' itu. Jasa seorang ibu yang tidak ternilai harganya.

* Hargailah ibu kita, hanya seorang ibu yang kita ada di dunia ini. I love U MAK !


5 ulasan for "Seorang Ibu Itu 'Bodoh' Kerana . . ."

  1. betul tu.. Seorg ibu sggp lakukan apa shj dm ank2..ttp syg kbykknnye dari kita xprnh nk mghargai ibu... salam perknln... kalau sudi follow lah sy...:-)

    BalasPadam
  2. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu.

    BalasPadam
  3. ibu sanggup buat apa sahaja demi anaknya..

    BalasPadam
  4. ibu...
    pekerjaan paling susah dunia...sanggup bekorban tanpa berkira...
    terima kasih sharing!
    ^_^

    BalasPadam
  5. sobs sobs sobs. sedih pulak baca

    BalasPadam