30 Januari 2016

Apabila Allah Menguji HambaNya

Apabila Allah Menguji HambaNya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa masalah yang sedang dihadapi adalah dugaan terbesar daripada Allah. Kita rasa sebegitu kerana masih belum jumpa jalan keluar daripada masalah tersebut. 

Ada tujuan Allah menguji hambaNya. Antaranya supaya kita sentiasa ingat dan jaga Allah, rajin berfikir tentang cara atasi masalah dan gunakan akal dengan sebaik-baiknya, supaya kita jadi lebih matang pada masa akan datang dan yang paling penting sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

ujian, dugaan

Apabila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.

Jom dengarkan Dugaan Kasih nyanyian Haikal



28 Januari 2016

Design Facebook Timeline Cover Lieann Belle

Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu lagi artwork siap, Facebook timeline cover untuk page Lieann Belle. Beberapa gambar produk diletakkan di pada cover tersebut seperti yang diinginkan pelanggan. Warna biru lembut dan merah jambu dipilih sebagai warna tema cover. Alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan artwork ini.
Cover Timeline
Mock up Cover Timeline Page Lieann Belle
Haaa..kalau anda sedang mencari produk penjagaan diri seperti Qu Puteh, Aurawhite dan lain-lain lagi, bolehlah singgah page ini. Pelbagai produk penjagaan diri, kecantikan dan kesihatan disediakan di page Lieann Belle.
Cosmetic Cover Timeline
Facebook Cover Timeline Page Lieann Belle
Pelanggan juga membuat tempahan watermark.
watermark
Watermark
Berminat untuk membuat tempahan design Facebook timeline cover/ FB cover photo 
dengan harga yang berpatutan? Percuma profile picture.
Untuk pelbagai jenis page seperti personal, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


27 Januari 2016

Petua Tidur Rasulullah SAW

Petua Tidur Rasulullah SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

petua tidur

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Rasulullah, dia hanya akan dapat kerehatan. Jika bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Rasulullah sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamalkan, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai krim malam sebelum tidur. Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

INSYAALLAH, JOM AMALKAN BERSAMA-SAMA DAN SAMPAIKAN KEPADA SEMUA.


26 Januari 2016

Selamat Malam Sayang

Selamat Malam Sayang

Assalamualaikum.

Bagaimana hari anda hari ini? Urusan anda lancar dan mengikut perancangan? Alhamdulillah, jangan lupa panjatkan syukur kepada Allah kerana Allah telah memudahkan urusan pada hari ini. Jika urusan hari ini tidak lancar dan terganggu, jangan mudah melatah. Tenangkan diri dan kaji semula kenapa perkara begitu berlaku kepada kita. Apa sekalipun yang berlaku adalah takdir Allah. Ada sesuatu yang Allah rahsiakan di sebalik setiap perkara yang terjadi kepada kita.

Selamat malam. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

malam
Kredit gambar

Sayang nyanyian Faizal Tahir





25 Januari 2016

Design Facebook Timeline Cover Ikhtiar Hamil Mudah

Design Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, siap design Facebook timeline cover untuk page Ikhtiar Hamil Mudah. Inginkan timeline cover mengikut kandungan page tersebut iaitu produk ikhtiar hamil, Furmon. Nak tau apa itu Furmon? Sila ke page tersebut ye.

Warna biru muda menjadi pilihan untuk timeline cover ini. Pelanggan berpuas hati dengan artwork ini.

Facebook Timeline Cover/ FB Cover Photo
Facebook timeline cover untuk page Ikhtiar Hamil Mudah
Berminat untuk membuat tempahan design Facebook timeline cover/ FB cover photo 
dengan harga yang berpatutan? Percuma profile picture.
Untuk pelbagai jenis page seperti personal, bisnes, syarikat dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


24 Januari 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

klik untuk join

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat


22 Januari 2016

Tempahan Design Blog My Beautiful Journey

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Jumaat penghulu segala hari.

Satu lagi artwork dapat disempurnakan. Blog My Beautiful Journey bertemakan warna merah jambu dan hijau disertakan dengan bunga tulip yang terletak di header.

Design template yang ringkas dan mudah dibaca menjadi pilihan pemilik blog ini. Blog yang berkisar tentang gaya hidup, kesihatan dan kecantikan. Jom ke blog milik pengedar sah Shaklee untuk mengetahui tips kesihatan dan kecantikan.

Blog pakej 2: Blog My Beautiful Journey
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murahdesign blog murah
design blog murah

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



21 Januari 2016

Customized Mug dari Printcious

Mug Comel dari Printcious

Mug comel dari Printcious telah selamat tiba di rumah. Siapa PRINTCIOUS? Anda boleh baca di sini DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com untuk lebih kenal dengan Printcious. Anda mesti baca kalau anda nak DIY hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang dengan harga amat berpatutan dan mengikut kehandak anda. Anda tidak perlu pening memikirkan tentang hadiah untuk diberikan kepada orang yan tersayang atau kenalan anda. Klik sahaja Printcious pasti mudah kerja anda!

Bukan untuk hadiah sahaja, nak buat tempahan untuk diri sendiri pun boleh tau. Mug comel bertemakan warna merah jambu yang ditempah ini untuk kepunyaan saya sendiri. Saya main letak je gambar, logo dan nama, dah dapat di tangan comel juga J Ini adalah mug hasil customized sendiri.

mug, printcious

Saya berpuas hati dengan tempahan ini. Lepas ni boleh hadiahkan pula kepada yang tersayang. Hehe.

Memang mudah untuk membuat tempahan dengan Printcious. Bagaimana nak buat tempahan? Masuk sahaja ke laman web mereka. Kemudian pilih barangan yang diinginkan, DIY hadiah mengikut citarasa sendiri. Setelah berpuas hati, teruskan dengan pembayaran dan tunggu barang tersebut tiba di rumah. Mudah bukan? Kalau ada sebarang pertanyaan tentang cara-cara DIY hadiah atau sebagainya, tanya sahaja dengan Printcious pasti kerja anda jadi mudah. Servis dari Printcious memag bagus. Tidak perlu ragu-ragu lagi untuk buat tempahan dengan mereka.

Mulanya saya risau juga kalau mug yang saya tempah pecah sewaktu proses pengeposan, tapi ternyata mug ini sampai di rumah dalam keadaan yang baik tanpa pecah atau sumbing. Mana tidaknya, bungkusan yang dihantar, dibungkus dan dibalut dengan baik sekali. Jadi anda tidak perlu risau dengan, barang  anda. Pasti selammat tiba di rumah.

Anda dah mula tertarik dengan hadiah dan barangan yang disediakan di Printcious? Cepat-cepat ke laman sesawang Printcious untuk lihat dengan mata sendiri barangan dan tawaran yang disediakan. Pasti rambang mata dibuatnya. Yang penting anda puas hati dan penerima tersenyum dengan hadiah dari anda. Selamat membeli belah di Printcious!


19 Januari 2016

Tempahan Design Blog GreenFarra

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, blog GreenFarra milik Farrah Ashnie dapat disiapkan. Warna tema blog ini sudah pasti warna hijau bertepatan dengan nama blognya. Inginkan template yang simple dan mudah dibaca. 

Jom ke blog GreenFarra untuk mengetahui apa yang terkandung di blog tersebut sambil berkenalan dengan tuan punya blog :)

Blog pakej 2: Blog GreenFarra
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah


Template blog

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


Rezeki yang Hadir Tidak Seperti yang Diharapkan

Rezeki yang Hadir Tidak Seperti yang Diharapkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. InsyaAllah.

Rezeki. Apabila bercakap soal rezeki, rata-rata semua manusia yang hidup di muka bumi ini mencarinya setiap saat, jam dan hari. Namun, adakah berbaloi dan setimpal dengan usaha kita untuk mendapatkan rezeki yang dicari? Atau rezeki yang diingini lambat tiba? Jangan pernah mengeluh dengan rezeki kita. Hasil yang kita dapat setelah usaha telah ditetapkan Allah. Jalan terbaik adalah bersyukur dengan setiap pemberianNya.

rezeki

Setiap hari kita berdoa dan meminta kepada Allah agar dimurahkan dan diluaskan rezeki. Rezeki seperti harta yang banyak, kerja bagus, makanan sedap, keputusan peperiksaan yang cemerlang, mendapat zuriat dan lain-lain lagi. Tetapi rezeki yang hadir tidak seperti yang diharapkan. Sekali lagi, jangan mengeluh sebaliknya bersyukur kerana itu adalah ketetapan Allah kepada hambaNya. Mungkin sediakan sesuatu yang lebih baik buat kita.

Pernah rezeki yang hadir tidak seperti yang diharapkan? Saya juga pernah. Bukan sekali dua. Yang penting sentiasa usaha dan tidak putus asa serta bersyukur dengan setiap kurniaan Allah. Allah lihat setiap usaha hambaNya.

Antara perkara yang membuka laluan rezeki:
  • Solat awal waktu
  • Jangan derhaka dengan ibu bapa
  • Jangan bergaduh dengan saudara-mara
  • Rajin bantu orang
  • Rajin bersedekah
  • Berselawat ke atas Nabi Muhammad
  • Sentiasa berzikir, boleh amalkan 7 Bacaan Pembuka Pintu Rezeki
  • Tidak mengungkit pemberian
  • Rajin berpuasa sunat
  • Menunaikan haji bagi yang mampu (tidak akan papa kedana orang yang menunaikannya)
  • Sentiasa solat sunat Dhuha
  • Jangan tidur selepas solat subuh
  • Selalu baca Surah Al-Waqiah
  • Sentiasa bersyukur
  • Rezeki ada dalam perkahwinan
dan lain-lain lagi.

Semoga saya dan anda sentiasa muhasabah diri. Rezeki yang dicari bukan untuk diri sendiri sahaja, lebih bagus dirasai bersama. Rezeki Allah datang tepat pada waktunya, tidak ada lambat atau cepat kerana Allah tahu bila kita benar-benar bersedia terima rezeki itu.


18 Januari 2016

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih

Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.


Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)


Tutorial | Letak Widget Instagram di Blog

Cara Letak Widget Instagram di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ni ada yang bertanya tentang cara-cara letak widget Instgram di blog. Saya kongsikan tutorial mudah ini untuk anda walaupun ramai yang sudah mengetahui cara-caranya.

Kenapa letak widget Instagram di blog?
Banyak manfaatnya. Terutamanya bagi peniaga online yang menjalankan aktiviti perniaagaan melalui akaun Instagram. Anda kongsi gambar-gambar di blog, akan menarik minat pembaca untuk klik gambar tersebut. Ini bonus bagi anda!

Selain itu, secara tidak langsung, kaki selfie juga boleh mendapatkan banyak like dengan meletakkan gambar Instagram di blog ;) Bukan itu sahaja, anda yang berkongsi gambar resepi, gambar tempat-tempat menarik, gambar kenangan atau apa sahaja sekalipun boleh meletakkannya di blog masing-masing. Jangan tidak tahu, anda juga boleh meletakkan widget Instagram di page Facebook. Tapi kali ini saya nak berkongsi tentang cara meletakkan widget Instagram di blog.

Antara laman web yang menyediakan widget Instagram ini seperti:
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk meletakkan widget Instagram di blog.

1. Untuk tutorial ini, saya menggunakan widget dari Intagme.com.

Isikan dengan username anda, pilih widget type, setkan thumbnail size, photo border, background color dan sahring buttons. Kemudian preview. Kalau dah puas hati, klik 'Close' kemudian klik 'Get Code'

widget Instagram di blog


2. Copy kod tersebut di Note Pad, MS Word atau di mana sahaja yang sesuai.
widget Instagram di blog
Contoh kod. Copy kod ini.

3. Pergi ke Dashboard Blog > Pilih 'Layout' > Pilih 'HTML/JavaScript'

widget Instagram di blog

Paste kod tadi di sini dan klik 'Save'

widget Instagram di blog
 

4. Ini hasilnya widget Instagram di blog.
widget Instagram di blog
Siap! Selamat mencuba.


Tempahan Design Blog MalaaAngel Beauty Shoppe

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog kedai kecantikan online, MalaaAngel Beauty Shoppe siap akhirnya. Blog yang menyediakan pelbagai produk kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri. 

Warna merah jambu dan coklat dipilih oleh pemilik blog ini sebagai warna tema. Maka terhasillah blog seperti yang diinginkan. Vector potrait pada header juga saya designkan.

Alhamdulillah, pelanggan berpuas hati dengan design blog ini. Yang penting tidak serabut dan pembaca mudah untuk cari maklumat berkaitan di blognya.

Blog pakej 5: Blog MalaaAngel Beauty Shoppe
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
design blog murah
design blog murah
Template blog

design banner blog murah
Banner blog
design watermark murah
Watermark
Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


17 Januari 2016

Penyakit Cinta Dunia

Penyakit Cinta Dunia, Wahan

Cinta dunia, wahan

Ada ulama mengatakan,
Lihatlah pada solatmu, ketika kamu sedang solat apakah kamu lebih memikirkan tentang urusan dunia atau hal akhirat.

Jika dalam solatmu masih banyak memikirakan tentang perkara dunia, itu petanda bahawa kamu masih tidak terlepas dari Hubb Dunya, yakni cinta dunia.

Cinta dunia adalah kegelapan hati. Cinta akhirat adalah cahaya hati.

Allahurabbi, mari kita sama-sama muhasabah diri memperbaiki diri ke arah lebih baik dan diredhai Allah.

15 Januari 2016

Tempahan Design Blog AjuyaRashid.com

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, blog bertemakan warna biru cair dan merah jambu dapat disiapkan. Blog AjuyaRashid.com milik Rosni Azura yang juga pengedar produk Shaklee. Kalau anda berminat untuk cuba produk Shaklee, boleh ke blog AjuyaRashid.com :)

Pemilik blog ini inginkan design yang simple dan memudahkan pembacanya. Yang paling penting, pelanggan berpuas hati dengan design blog ini.

Blog pakej 2: Blog AjuyaRashid.com
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

Template blog

Berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


14 Januari 2016

Berdoa Sebelum Tidur

Berdoa Sebelum Tidur

Berdoa Sebelum Tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pasti ada di antara kita yang sudah pun menutup mata ketika ini, berehat setelah seharian bekerja. Sebelum tidur, jangan lupa untuk memaafkan kesalahan orang lain, bersihkan diri, berwudhuk dan berdoa meminta kepada Allah. 

Tenangkan hati dan fikiran daripada serabut duniawi. Buat empat perkara ini sebelum tidur. Sentiasa ingat Allah. InsyaAllah Allah ingat kita. Selamat malam.

malam

13 Januari 2016

Tentang Iblis Laknatullah

Tentang Iblis Laknatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Umum mengetahui Iblis adalah penghasut manusia supaya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jom kenali Iblis supaya kita benci kepadanya.

iblis, syaitan
Kredit foto: duniaislamnews.wordpress.com
Anas bin Malik r.a. berkata:

"Iblis telah bertanya pada Allah: katanya, wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku." Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?" Firman Allah: "Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?" Firman Allah: "Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?" Firman Allah: "Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang,apa pula azan untukku?" Firman Allah: "Azan untukmu ialah seruling."

Iblis bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?" Firman Allah: "Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku."

Iblis Bertanya: "Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?" Firman Allah: "Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?" Firman Allah: "Perangkap bagimu ialah wanita."

Iblis bertanya: "Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?" Firman Allah: "Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya."


Sabda Rasulullah saw: "Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan."

( Hadis Riwayat Muslim )


11 Januari 2016

Tempahan Digital Portrait dan Header AswaleylaDotCom

Digital Potrait, Vector Potrait

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tempahan digital potrait dan header ni dah lama siap sebenarnya. Tapi baru masuk blog hari ni. hehe. Tempahan ini daripada Cik Aswaleyla juga merupakan seorang blogger. Jom ke blog miliknya, AswaleylaDotCom.

Alhamdulillah, Cik Aswaleyla suka dengan artwork ini. Digital potrait berjubah merah dan header untuk blognya.

vector portrait
Digital portrait Aswaleyla
Apa yang anda boleh buat dengan digital portrait / vector portrait ni? Macam2 yang anda boleh buat dengan lukisan comel ni tau. Boleh letak di Facebook sebagai profile picture, di blog, pada kad jemputan, kad bisnes, banner dan lain-lain lagi.

design header murah
Header blog
Header blog juga ditempah oleh Cik Aswaleyla. Nak design yang simple ada bunga2 sikit. Maka jadilah headernya macam ni. 

Berminat untuk membuat tempahan digital portrait/vector portrait dengan harga yang berpatutan? 

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


10 Januari 2016

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN

Assalamualaikum dan salam sejehtera.
Selamat menikmati hari minggu semua!

Jom sertai NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN. Klik banner di bawah untuk sertai.

KLIK BANNER UNTUK JOIN SEGMEN
Bagaimana caranya?
1. Follow blog DYLLAREZAN ini.
2. Buat satu entry bertajuk "NEW YEAR GIVEAWAY BY DYLLAREZAN"
3. Copy paste gambar di atas dan link kan ke entry giveaway tersebut.
4. Komen dan sertakan URL anda di ruangan komen entry. Nanti akan update dari semasa ke semasa senarai blog yang sertai segmen giveaway ini.

Seramai 5 orang akan dipilih secara cabutan bertuah.
Dan hadiah yang akan dimenangi adalah MISTERI.

Tarikh tutup: 11.59pm pada 16/1/2016

08 Januari 2016

Lirik dan Lagu Kekal Bahagia (OST Cinta Si Wedding Planner)

Lirik dan Lagu Kekal Bahagia (OST Cinta Si Wedding Planner)

Pertama kali dengar lagu ni kat tv terus jatuh hati. Semuanya gara-gara drama Cinta Si Wedding Planner. Hari pertama tonton, ketagih pulak dengan drama Cinta Si Wedding Planner ni. hehe.

Cinta Si Wedding Planner

Drama Cinta Si Wedding Planner ini dibintangi oleh Mira Filzah, Adi Putra, Shiqin Kamal, Fadlan Hazim, Dian P. Ramlee, Rosnah Johari, Idris Md. Diah dan lain-lain lagi.

Jom dengar lagu OST Cinta Si Wedding Planner nyanyian Ippo Hafiz.



LIRIK KEKAL BAHAGIA

Ku tlah melupakan dirinya,
ku tlah benar benar melepaskan,
kini aku hanya ada kamu,
mengertilah ,cintaku

kuatkanlah untuk bersamaku,
teguhkan hati mu menemani aku,
menjalani waktu waktu hidupmu,
aku kan slalu ada , denganmu

memang benar aku mencintaimu,
memang benar aku menyayangimu,
setulusnya rasa hati ini,
hanyalah padamu

ku harapkan engkau
yang terakhir, dalam hidup ini
setia bersamamu ,
hingga hujung waktu ku,
kekal bahagia selamanya.

" KEKAL BAHAGIA " - IPPO HAFIZ
SONG & LYRICS - IPPO HAFIZ
PRODUCER - RUDY NASTIA & IPPO HAFIZ
DISTRIBUTE - INDIGITAL SDN BHD
PRODUCTION - ARCHIPELAGO MUSIC ©2015


07 Januari 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum

MAA takaful
Klik Di Sini kalau nak join 

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
  • Papaglamz.com
  • Sarang Kehidupan
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan header dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Tempahan Design dan Cetak Kad Bisnes Baby Comel Ummi Shop

Design dan cetak kad bisnes / bisnes kad / kad nama / name card murah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah. Siap lagi satu kad bisnes untuk kedai menjual barangan bayi. Warna tema yang dipilih adalah biru lembut. Seperti yang diminta oleh pelanggan, kalendar 2016 diletakkan di belakang kad tersebut. Siap ada senarai cuti umum lagi tu. Pemiliknya berpuas hati dengan design dan cetakan kad ini.

Jenis material yang diminta pelanggan adalah 260gsm art card dengan kemasan matte laminate yang kalis air dan tahan lama. Kualiti tip top. Nak bagi kat orang pun tak segan :)

bisnes kad murah

Anda ingin meluaskan dan mengembangkan perniagaan anda? Sediakan kad bisnes sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan anda. Dengan kad bisnes, ramai yang akan cari anda nanti. Tak percaya? Cuba untuk tahu kesannya.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan atau tag label dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


06 Januari 2016

DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com

DIY Hadiah Unik dengan Printcious.com

Dapat hadiah daripada tersayang merupakan salah satu momen terindah dalam hidup. Tambah pula jika hadiah itu lain daripada yang lain. Memang akan diingati sampai bila-bila.

Bagi saya hadiah peribadi ini adalah hadiah yang direka sendiri dan unik oleh pemberi dan pastinya dapat membuat penerima tersenyum dengan hadiah tersebut. Hadiah peribadi adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin mendapatkan hadiah yang unik dan mempunyai makna yang istimewa kepada penerima.

Jom jadi kreatif  dengan Printcious.com! Printcious.com merupakan saluran yang paling sesuai untuk membuat hadiah peribadi dihadiahkan kepada orang-orang yang disayangi.

Pening nak cari hadiah? Nak hadiah lain daripada yang lain dan menjadi hadiah teristimewa buat si penerima? Jom ke Printcious.com. Macam-macam hadiah yang kita boleh reka sendiri dengan Printcious.com.

Oops. Siapa Printcious.com?

Printcious

Mereka menyediakan perkhidmatan percetakan di lebih daripada 200 barangan hadiah DIY seperti T-shirt, mug, puzzle, sarung telefon, bantal, tetikus, jubin seramik, rantai kunci dan lain-lain dengan gambar anda dan kata-kata khas yang sesuai untuk semua majlis pemberian hadiah seperti hari jadi, perkahwinan, tamat pengajian, ulang tahun atau acara-acara korporat.

Hidup jadi mudah dengan printcious.com! Mereka menawarkan alat reka bentuk dalam talian untuk pelanggan untuk menyesuaikan hadiah mereka dengan gambar-gambar indah mereka dan mesej. Ia semudah ABC!

A. Anda pilih hadiah
B. Upload gambar pilihan anda
C. Masukkan teks anda

Sangat mudah kan?

Salah satu hadiah DIY, jubin seramik hadiah untuk sahabat. Boleh tukar gambar dan teks pilihan anda.
Pereka grafik mereka bersedia membantu pelanggan dengan bayaran sangat berpatutan. Dan yang pastinya harga hadiah yang ditawarkan kepada pelanggan amat berpatutan!

Kenapa perlu ke Printcious.com?

  • Harga berpatutan - Mug yang dicetak dengan gambar dan teks pilihan anda hanya RM28. Murah kan? Nak tempah satu je pun boleh.
  • Dapat digunakan - Contohnya: t-shirt, boleh dipakai. 
  • Selesa dan mudah - Platform atas talian (online) dan aplikasi mudah alih (akan dilancarkan) memudahkan pelanggan untuk ubah suai hadiah.
  • Dapat menjadi kenangan - Gambar yang dicetak menjadi puzzle menjadi tanda ingatan istimewa buat si penerima.

Tak rugi anda ke Printcious.com. Pasti rambang mata nak pilih hadiah yang terbaik untuk yang tersayang :). Tunggu apa lagi, jom ke Printcious.com sekarang. Jadikan hadiah anda hadiah yang terbaik dan sentiasa diingati selari dengan tagline mereka iaitu 'Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart’.


05 Januari 2016

Jangan Bangga!

Bangga, sombong, bongkak

Bangga, sombong, bongkak

Kadang-kadang tanpa disedari, wujud perasaan bangga diri dalam hati walaupun hanya sekelumit. Bangga dengan apa yang dimiliki. Tapi tahukah kita bahawa apa yang sedang dimiliki itu hanya untuk seketika sahaja?

Selalu juga terdengar perbualan dengan soalan yang kadang kala ingin merendahkan atau memerli kita.
"Eh, kau bila nak nikah ni? Aku dah ada 3 orang anak ni."
"Aku kerja di syarikat besar dan terkenal di negara ni, pangkat pun bagus, kau pulak kerja apa sekarang ni?"
"Kereta ni je kau pakai?"
Macam-macam lagi lah..

Mungkin niat si penanya tu hanya sekadar bertanya. Tapi kerana lidah yang satu, kita 'terasa' dengan soalan-soalan itu. Siapa tahu mungkin ada sesuatu di sebalik pertanyaan itu.

‎"Jangan bangga dengan telefon bimbit mahal/canggih,
kerana alat komunikasi yang boleh menyelamatkan kita adalah DOA "

''Jangan bangga dengan rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR "

''Jangan bangga dengan title/gelaran, kerana title kita yang terakhir adalah ALMARHUM"

"Jangan bangga dengan wajah yang cantik dan kacak,
kerana wajah kita yang terakhir adalah TENGKORAK "

"Jangan bangga dengan kereta mewah, kerana kereta terakhir adalah KERANDA JENAZAH"

"Jangan sombong dengan tempat tidur, kerana yang terakhir adalah TANAH"

Jadi, perlukah kita bangga dengan apa yang dimiliki? Cukuplah dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Itu lebih afdhal. Tiada apa yang kekal menjadi milik kita melainkan amal jariah dan sedekah yang dilakukan ketika di dunia ini. Kalau kaya sekalipun, adalah labih baik kita merendah diri.

Yang penting, ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana Allah. InsyaAllah, tahu hala tuju hidup.
Jaga hati, jaga lidah, jaga perbuatan.


04 Januari 2016

Tempahan Design dan Cetak Kad Bisnes Puding Sedut Slurpp

Design dan cetak kad bisnes / bisnes kad / kad nama / name card murah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pelanggan kali ini adalah seorang peniaga yang menjalankan perniagaan puding sedut. Warna kuning dipilih sebagai warna tema kad ini. Alhamdulillah, pemiliknya berpuas hati dengan design dan cetakan kad ini.

Jenis material yang diminta pelanggan adalah 260gsm art card dengan kemasan matte laminate yang kalis air dan tahan lama.

bisnes kad murah

Anda ingin meluaskan dan mengembangkan perniagaan anda? Sediakan kad bisnes sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan anda. Dengan kad bisnes, ramai yang akan cari anda nanti. Tak percaya? Cuba untuk tahu kesannya.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan atau tag label dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


02 Januari 2016

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

giveaway
KLIK BANNER UNTUK SERTAI
Giveaway ini berlangsung dari
1 / 1 / 2016 - 8 / 1 / 2016

Rakan blog yang ditag: Kak Ain Dramatic Uniq


01 Januari 2016

Usia Semakin Tua

Tahun Baru 2016

Assalamualaikum dan selam sejahtera. Salam pembuka tirai 2016.

2016


Alhamdulillah, tahun 2016 bermula dengan hari Jumaat yang penuh barakah. Bagaimana dengan 1 Januari anda bagi tahun 2016 ini? Semoga kita dapat menghadapi tahun 2016 yang penuh mencabar ini dengan baik. 

Apa ada dengan tahun baru? Gembira dengan sambutannya? Yang pasti, umur kita bertambah setahun. Sudah masanya kita berfikir lebih matang serta menjaga tingkah laku seiring dengan pertambahan umur. 

Apabila bercakap tentang umur, ia tidak akan berkurang malah akan sentiasa bertambah dari hari ke hari. Bertambahnya umur kita mengingatkan kita tentang kematian yang tidak kenal waktu. Mungkin kita kerap memikirkan hal dan urusan dunia. Semoga kita tidak lupa dengan tugas kita yang hakiki iaitu hamba Allah sepenuh masa. Apa pun lakukan setiap pekerjaan dengan niat keranaNya. Apabila niat kita bukan keranaNya, itulah punca kenapa kita tidak pernah puas dengan sesuatu.

Akhir kalam, semoga tahun 2016 ini memberi sinar buat kita semua dan diluaskan rezeki daripada Allah.

*Jangan nak gembira sangat 2016 ni. Jimat ok! Sambil tu buat 2 kerja dalam 1 masa. errrrr... dah2. Jom dengar lagu ni