Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Bangga!

Bangga, sombong, bongkak

Bangga, sombong, bongkak

Kadang-kadang tanpa disedari, wujud perasaan bangga diri dalam hati walaupun hanya sekelumit. Bangga dengan apa yang dimiliki. Tapi tahukah kita bahawa apa yang sedang dimiliki itu hanya untuk seketika sahaja?

Selalu juga terdengar perbualan dengan soalan yang kadang kala ingin merendahkan atau memerli kita.
"Eh, kau bila nak nikah ni? Aku dah ada 3 orang anak ni."
"Aku kerja di syarikat besar dan terkenal di negara ni, pangkat pun bagus, kau pulak kerja apa sekarang ni?"
"Kereta ni je kau pakai?"
Macam-macam lagi lah..

Mungkin niat si penanya tu hanya sekadar bertanya. Tapi kerana lidah yang satu, kita 'terasa' dengan soalan-soalan itu. Siapa tahu mungkin ada sesuatu di sebalik pertanyaan itu.

‎"Jangan bangga dengan telefon bimbit mahal/canggih,
kerana alat komunikasi yang boleh menyelamatkan kita adalah DOA "

''Jangan bangga dengan rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR "

''Jangan bangga dengan title/gelaran, kerana title kita yang terakhir adalah ALMARHUM"

"Jangan bangga dengan wajah yang cantik dan kacak,
kerana wajah kita yang terakhir adalah TENGKORAK "

"Jangan bangga dengan kereta mewah, kerana kereta terakhir adalah KERANDA JENAZAH"

"Jangan sombong dengan tempat tidur, kerana yang terakhir adalah TANAH"

Jadi, perlukah kita bangga dengan apa yang dimiliki? Cukuplah dengan mengucapkan syukur kepada Allah. Itu lebih afdhal. Tiada apa yang kekal menjadi milik kita melainkan amal jariah dan sedekah yang dilakukan ketika di dunia ini. Kalau kaya sekalipun, adalah labih baik kita merendah diri.

Yang penting, ikhlas dalam melakukan sesuatu kerana Allah. InsyaAllah, tahu hala tuju hidup.
Jaga hati, jaga lidah, jaga perbuatan.


6 ulasan for "Jangan Bangga!"

  1. Kita berdoa semoga dijauhi sifat² seperti itu..Amin...

    BalasPadam
  2. betul2. title akhir nnti arwah je. x de nye dato tan sri.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, nauzubillah.. semoga jauh dari sifat bangga diri..

    BalasPadam
  4. betul hmmm. takpaham dgn org yg kuat bangga diri ni hehe.

    BalasPadam
  5. Bersyukur ja apa yg kita ada skrg ni. Abaikan ja mereka2 yg berlagak bangga.

    BalasPadam
  6. banyakkan sabar ya Mai...tak apa sangka yang baik2 inshaAllah

    BalasPadam