Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dapat Kumpul Beribu Pahala Dengan Hanya Sebuah Al-Quran?

Kumpul Pahala Dengan Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pejam celik, Jumaat dah hari ini. Terasa cepat masa berlalu. Mungkinkah masa semakin menghampiri? Wallahua'alam...

Semakin hari, semakin hampir kita dengan ajal yang kita sendiri tidak tahu bila ia datang. Namun, sudah bersediakah kita dengan bekalan untuk ke akhirat sana? Allahu...terasa kurang sangat diri ini bila mengenangkannya.

Kadang-kadang kita terlalu asyik berfikir tentang dunia sehingga semakin jauh daripada tuhan. Dah dapat apa yang diimpikan, janganlah sampai jauhkan diri daripada Allah. Siapa yang beri rezeki dan nikmat semua tu kalau bukan Allah? Sepatutnya semakin berjaya kita, semakin dekat diri dengan Allah. 

Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Tidak terhitung banyaknya. Apa yang kita perlu lakukan adalah bersyukur kepadaNya dengan nikmat yang telah dikurniakan. 

Seorang ustaz beritahu dalam satu majlis pengajian yang saya hadiri, baca al-Quran ni perkara mudah tapi kita malas buat. Tetapi senang sangat dapat pahala dengan baca al-Quran. Bagaimana?

kelebihan baca al-Quran

Apabila ada waktu lapang cuba tenung naskhah al-Quran. Apa yang kita dapat dengan melihat al-Quran? Mestilah dapat pahala. Pegang al-Quran, dapat pahala. Baca ayat di dalam al-Quran, dapat pahala walaupun hanya satu huruf. Membaca al-Quran dengan tajwid yang betul, dapat pahala. Amalkan ayat al-Quran dapat pahala. Baca merangkak-rangkak pun dapat pahala jugak. Wakaf al-Quran, dapat pahala.. Banyaknya boleh dapat pahala dengan sebuah al-Quran! Nikmat manakah yang kamu dustakan?

Daripada sebuah al-Quran kita dapat kumpul pahala yang banyak. Inilah maksud nikmat daripada Allah, yang sering kita terleka dengannya. Mudah dapat tapi kita abaikannya. 

Jadi, lepas ni jom rajin-rajinkan diri baca al-Quran. Satu muka surat sehari pun ok dah. Kalau lebih lagi bagus. Peringatan buat diri saya juga yang sering terleka.


2 ulasan for "Dapat Kumpul Beribu Pahala Dengan Hanya Sebuah Al-Quran?"