Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gigi Bongsu Terpaksa Dibuang

Pembuangan Gigi Bongsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Semoga sihat selalu :)

Khamis ini bersamaan 18 Februari 2016 ada temujanji dengan doktor gigi untuk pembuangan atau cabutan gigi bongsu. Kalau tak 18 Januari lepas dah cabut tapi ditunda pula oleh pihak klinik. huhu.

cabut gigi bongsu

Kisahnya, gusi yang ada gigi bongsu sebelah kiri bahagian bawah mula sakit sejak bulan Disember 2015 lagi. Nak mengunyah pun payah. Ade bengkak kat situ. Sampai telinga pun sakit. Daripada tak rasa ngilu di bahagian gigi tu, terus jadi ngilu bila ada masalah dengan gigi bongsu ni. Kena jumpa doktor juga lah nampaknya. Saya pergi ke klinik pergigian kerajaan. Waktu tu doktor beritahu gigi saya hanya mengalami gigi sensitif. Saya diberikan ubat gigi sensitif sahaja. Bio betui doktor ni...

Sakit gusi ini berterusan juga walaupun dah berjumpa dengan doktor. Saya pergi ke klinik pergigian swasta pula untuk mengetahui punca sebenar sakit ini. Doktor di klinik tersebut siap bagi cermin supaya saya dapat tunjukkan bahagian gigi mana yang sakit. Setelah dikenal pasti, ada masalah dengan gigi bongsu. Terdapat sedikit ruang di antara gigi bongsu dan geraham. 
bedah gigi bongsu
Kedudukan gigi bongsu saya seperti 'Patial Eruption' dalam gambar di atas
Ruang yang ada tu boleh menyebabkan makanan tersekat di situ. Apabila ada sisa makanan tersekat, boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku di bahagian tersebut. X-ray juga dilakukan untuk mengetahui kedudukan gigi bongsu saya. Didapati gigi bongsu saya tumbuh sedikit senget. Doktor sarankan agar gigi bongsu saya dicabut dan perlu lakukan pembedahan kecil disebabkan gigi bongsu saya ni baru suku je keluar, nampak sikit je. Ternganga saya dengar. Fuh,,penangan gigi bongsu. Doktor beritahu juga kos pembedahan kecil untuk membuang sebatang gigi bongsu adalah RM500. Fuiyooo..sebatang RM500. Doktor memberikan ubat tahan sakit dan antibiotik bagi mengurangkan sakit. Lagi sakit dengar kos cabutan tu. hahaha.

Setelah difikirkan lagi, elok saya ke klinik kerajaan semula. Kali ini doktor lain yang periksa gigi saya. Setelah melakukan pemeriksaan buat kali kedua di situ, memang gigi bongsu saya bermasalah dan perlu dibuang. Kosnya cuma RM50. Apa lagi, saya pun buat temujanji untuk pembuangan/cabutan gigi bongsu. Hampir 2 bulan menunggu giliran, harapnya eloklah gigi saya lepas ni daripada kesakitan. 

Seram tengok video ni. Siap kena jahit lagi tu...fuhhh..
Kalau anda ada sakit2 pada bahagian gusi gigi bongsu, segeralah berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara lain berlaku kepada gigi anda. 

 Kredit gambar: DentistRus, Tiga Dental Clinic


3 ulasan for "Gigi Bongsu Terpaksa Dibuang"

  1. mesti sakit sangat kan >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. huuuuuu..tak tau la mcm mana rasenye..takut ooo

      Padam
  2. Sakitnya ><

    Pernah gak sakit gigi tahun lepas. Something like that juga la.. Tak nak dah T_T

    BalasPadam