Kisah Februari 2016 Bermula - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

01 February 2016

Kisah Februari 2016 Bermula

Kisah Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga kita sentiasa berada di bawah naunganNya. InsyaAllah. 

Tahun 2016 memang tahun yang mencabar. Baru sebulan 'hidup' di bulan Januari dalam tahun 2016 ini, banyak perkara yang berlaku kepada diri, keluarga, rakyat dan negara. Terasa semakin dicabar. Lebih bersemangat untuk hadapi hari-hari yang mendatang walaupun saban hari terpaksa mendengar berita yang kurang baik tentang negara kita.

februari

Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah majukan diri sendiri dengan niat kerana Allah. Apabila maju diri, majulah agama, bangsa dan negara. Buatlah sebanyak mana kerja yang kita mampu asalkan kita tidak mencuri harta orang lain, tidak menipu, tidak putar belit ayat dan tidak ambil rasuah. Usaha sehabis daya. Kurangkan mengeluh dan merungut. Minta dan berdoa sebanyak mungkin kepada Allah, kerana Allah rindukan rintihan hambaNya dan tidak pernah marah dengan berjuta-juta permintaan kita.

Akhir kalam, semoga kita sentiasa positif melangkah dari hari ke hari. 

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.


Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong.

Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong.
Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
~ Al-Imam Ghazali


*Bersyukurlah Malaysia masih aman.


5 comments:

  1. salam , semoga kita tabah dan terus kuat , moga Allah permudahkan

    ReplyDelete
  2. Semoga bulan ini diberikan byk kenangan yang Indah2.. InshaAllah

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..semoha Allah permudahkan... =)

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH SHARE ! SEMOGA ENTRY DALAM BLOG INI SENTIASA MEMBERI MANFAAT KPD PEMBACANYA :D

    ReplyDelete
  5. Aminn,,,permulaan bulan dua ni banyak dugaan dan cabarang.. yang penting kecekalan hati dan kesabaran

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda