Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pembedahan Gigi Bongsu Ditangguhkan

Pembedahan Gigi Bongsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sihat selalu :)

Khamis, 18 Februari yang lalu saya telah ke Klinik Pergigian Kuala Kangsar untuk temujanji pembedahan gigi bongsu. Kira-kira jam 11 pagi nombor giliran dipanggil.

Sebelum memulakan pembedahan gigi bongsu, gusi di kawasan gigi bongsu iaitu di sebelah kiri bawah. Sakit jugak kena bius ni. Sakit masa doktor mula cucuk ke kawasan tu. Lepas tu tak rasa apa-apa, rasa kebas je. Pipi nampak kembung sebelah. Doktor membuat pemeriksaan gigi semula dan perlu di x-ray. Setelah selesai, doktor mendapati bahawa gigi bongsu saya berada pada kedudukan horizontal. Bukan dalam keadaan 'Partial Eruption' seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ni (klik sini). Saya sendiri tengok x-ray tu pun gerun. 

bedah gigi bongsu
Kedudukan gigi bongsu saya, dalam keadaan melintang (horizontal) tapi gigi keluar sikit. Nampak dari atas.

Gigi bongsu saya terlalu rapat dengan geraham yang sedia ada. Doktor beritahu disebabkan itu, bahagian geraham berasa sakit kerana gigi bongsu menolak geraham. Patutlah sakit...

Doktor beritahu lagi, kes ini terpaksa dirujuk ke pakar hospital besar Ipoh atau Taiping kerana proses pembedahannya agak rumit. Sebabnya gigi bongsu saya dalam kedudukan melintang dan agak hampir dengan saraf. Fuhh..rasa nak menangis kejap2 tu jugak sebab takut punya pasal. Nak tak nak gigi bongsu ni perlu dibuang jugak. Daripada tanggung sakit yang tak tahu penghujungnya, baik cabut jugak gigi bongsu ni walaupun terpaksa rasa sakit dan tak selesa 2-3 minggu sahaja.

Setelah berbincang dengan doktor, saya menandatangani surat untuk pembedahan gigi bongsu ni. Doktor meminta maaf sebab dah bius gigi dulu. haha. Takpelah kan..tapi sampai hari ni (20 Februari) masih terasa kesan bius. Saya diberikan ubat tahan sakit, antibiotik dan T.Metronizadole. Malasnya nak makan ubat ni...tak sedap tapi terpaksa makan. Sekarang ni hanya tunggu panggilan daripada pihak hospital untuk temujanji pembedahan.

Harapnya baiklah sakit gigi ni lepas pembedahan dan dimudahkan urusan semasa pembedahan nanti. InsyaAllah.


2 ulasan for "Pembedahan Gigi Bongsu Ditangguhkan"

  1. Banyakkan bersabar ye. Sakit tu kan penghapus dosa :)

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. dua minggu lepas mmber pon sakit gigi, habis pening, gusi berdarah semua..rupanya gigi bongsu nak keluar.. huhuhu..

    baru tawu rupanya ada lg gigi bongsu kita yg tak abeh kluar lg.. hurmm mcm mna laa gigi hsna sdiri nanti risaunya.. dah laa tak brapa suka bila bkaitan dgn gigi nih..

    BalasPadam