Tanda-tanda Saat Kematian - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

19 February 2016

Tanda-tanda Saat Kematian

Tanda-tanda Saat Kematian

Semua yang hidup pasti akan bertemu kematian. Kita tidak menyedari bahawa kita telah 'bertunang' dengan kematian. Yang tidak pasti hanyalah waktu ajal masing-masing, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Antara tanda-tanda saat kematian adalah:

Tanda-tanda kematian itu benar dan nyata menurut para ulama. Hanya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt yang membezakan kepekaan kita dalam menerima tanda-tanda kematian yang diisyaratkan Allah swt. Antara tanda-tanda saat kematian:

1. 100 hari: seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari: pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari: daun dengan nama orang yang akan mati di araSh akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing.

4. 7 hari: mengidam makan.

5. 5 hari: anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari: bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari: seluruh dahi bergerak-gerak.

8. 1 hari: terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.

9. Saat terakhir: terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

# Moga kita dimatikan dalam keadaan Husnul Khatimah. InsyaAllah. Kurangkan berentang dunia.
Biarlah apa yang dilakukan di dunia ini adalah bekalan untuk akhirat nanti.

Sumber: SINI


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda