Antara Speaking English dan Mengaji Al-Quran - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

04 March 2016

Antara Speaking English dan Mengaji Al-Quran

Antara Speaking English dan Mengaji Al-Quran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda? Semoga sihat selalu :)

Bahasa Inggeris penting. Al-Quran lagi penting. Tapi masa kini individu yang tidak tahu bercakap bahasa Inggeris atau English sering diperlekehkan. Dengarnya kerja pun susah dapat kalau tak tahu speaking English. Benarkah sampai begitu sekali?

Kalau tak tahu membaca al-Quran pula bagaimana? Adakah membaca al-Quran dianggap kuno atau adat sahaja? Hanya dibaca untuk sekali khatam dan makan pulut kuning? Utamakan al-Quran lebih daripada yang lain. Al-Quran adalah 'surat cinta' daripada Allah kepada hambaNya. Ayat-ayat yang memberi ketenangan dan juga pahala yang banyak kepada pembacanya.

speaking English

Jadi mana satu pilihan anda? Tak salah untuk mahir berbahasa Inggeris dan baca al-Quran pula wajib semua umat Islam pelajari dan amalkannya.

Belajar ilmu dunia adalah fardhu kifayah. Jika tidak fasih berbahasa Inggeris, masih boleh pelajarinya. Begitu juga dengan al-Quran yang wajib umat Islam tahu, jika tidak tahu atau tidak lancar bacaannya, jangan ditinggalkan al-Quran begitu sahaja. Ambil masa untuk belajar walau sesibuk manapun kita. Tak perlu malu jika tak pandai speaking, tapi tak pandai mengaji al-Quran, tolong lah malu.

Biarlah apa yang kita buat di dunia ini menjadi amalan ke akhirat sana. InsyaAllah. 


4 comments:

  1. Kalau ena, utamakan lancar membaca al-quran dan serta faham. English pun boleh belajar, tapi jangan sampai taknak langsung belajar bahasa suci Al-Quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. seimbangkan kedua-duanya. tuntut ilmu dunia pun fardhu kifayah juga kan :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda