Cara Pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Matahari - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

08 March 2016

Cara Pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Matahari

Cara Pelaksanaan Solat Sunat Gerhana Matahari

Seperti yang telah dimaklumkan, Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan berlaku pada hari Rabu bersamaan 9 Mac 2016 bermula jam 7:24 pagi sehingga 9:31 pagi. Secara amnya, fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian seperti yang terdapat dalam gambar di bawah.

gerhana matahari

Menjadi sunnah yang dituntut untuk mendirikan Solat Sunat Gerhana Matahari pada waktu tersebut. Adalah digalakkan untuk umat Islam menunaikan Solat Sunat Gerhana Matahari. 

solat sunat gerhana matahari


Kaifiyyah atau tatacara pelaksanaan solat adalah seperti berikut: 

KAIFIYYAH SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan

2. Ruku'

3. I'tidal

4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan

5. Ruku'

6. I'tidal

7. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa


RAKAAT KEDUA

1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan

2. Ruku'

3. I'tidal

4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan

5. Ruku'

5. I'tidal

6. Sujud

7. Tahiyyat Akhir

Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Begitulah antara tatacara solat sunat gerhana matahari. Jika ada masa lapang pada waktu yang telah dinyatakan, eloklah kita umat Islam menunaikannya.


1 comment:

  1. In sha ALLAH.. terima kasih perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda