Tips Cegah Boros - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

21 March 2016

Tips Cegah Boros

Tips Cegah Boros

Assalamualaikum dan selamat sejahtera anda :)

Boros... Boros selalu terjadi kepada sesiapa sahaja apabila duit banyak di tangan kita. Betul tak? Jadi aktiviti 'window shopping' sama ada offline atau online perlu dijauhi agar tidak terbeli barangan bukan keperluan.
tips cegah boros
Kredit Gambar

Boros ada ubat tak?
Ubat penyakit BOROS adalah dengan MENYIMPAN EMAS! Biar betul?

Lawan kepada perkataan BOROS adalah SIMPAN. Menyimpan adalah satu amalan yang mulia dimana para penyimpan itu tahu dan sedar akan kepentingan menyimpan untuk masa depan.

Konsep simpan emas ini sama seperti kita menyimpan duit setiap bulan, banyak cabaran sebenarnya kalau kita simpan duit ni kerana kita dipengaruhi oleh 'ANGKA' duit itu berbanding kita simpan emas.

Contoh:
Kita simpan duit RM200 setiap bulan, cukup setahun kita dah ada RM2400. Banyak bukan? Dah 4 angka kan maka emosi dan nafsu kita boleh tergugat! Nak beli itu la nak beli ini. Lagi2 ada promosi akhir tahun!

Dalam kepala dah set 'Takpe ambil sikit je, nanti ganti balik! Haaa nampak tak permainan dia disitu?
Lagi la kalau duit tu disimpan dalam bank, sekarang zaman teknologi, online shopping bukan sesuatu yang susah untuk dilakukan. Jadi memang ramai yang kecundang termasuklah saya.

Sebab itu saya bersyukur sangat, ditemukan dengan penawar sikap boros saya ini iaitu dengan menyimpan LOGAM EMAS. Emas ini unik, sesiapa pun tidak boleh nafikan ia bernilai sepanjang zaman malah penyimpan nilai yang terbaik.

Daripada konsep simpan duit RM200 setiap bulan itu, saya beli emas 1gram dan simpan sendiri. Cukup setahun dah ada 12gram (angka gram simpanan masih kecil atau sedikit dan perlu diperkukuhkan), sebab itu mmg betul emas ni ada aura penarik atau magnet untuk kita beli dan beli lagi walaupun harga emas ada naik turun. Tapi duit pun kena simpan juga tau.

Tapi, bagaimana nak gunakan emas? Nanti saya kongsikan dalam entri akan datang. Nantikan ye :)

Nak tau tentang cara beli emas? Boleh PM saya di Facebook Maisarah Humaira' untuk lebih lanjut.


4 comments:

  1. salam , ramai dah yang mula simpan emas ni :)

    ReplyDelete
  2. Wah menarik ni Mai..kena simpan banyak2 utk masa akan datang

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. sejak suka travel memang dah berjaya sikit control niat nak boros. sebab nak saving buat benda lain..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda