Bahaya Membunuh Lipas - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

20 April 2016

Bahaya Membunuh Lipas

Bahaya Membunuh Lipas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Errr.. lipas. Sebut je serangga ni dah boleh bayang rupa dan bentuknya. Lipas selalu ada di tempat yang kotor. Kadang tu tempat yang bersih pun ada je lipas ni.

Geli dengan lipas ni. Kalau lipas boleh terbang tu hinggap pada badan, memang menjerit lah jawabnya. Tapi ada juga manusia yang jadikan lipas sebagai snek untuk dimakan. Dahsyat betul ni...


cara bunuh lipas

Kalau nampak lipas, apa yang anda akan lakukan? Terus pukul dan lenyek sampai mati? Halau macam tu je? Hari tu ada baca sedikit tentang lipas.

Apabila lihat lipas di rumah, jangan memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup meskipun berada diluar tubuh lipas. Apabila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut), ia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok cacing lipas ni, letak isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin. Akan kelihatan cacing pada perut lipas bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana ia dapat masuk melalui liang pada kulit atau apabila terdapat luka terbuka pada kulit luar.

Cara Berkesan Bunuh Lipas

Jadi, cara berkesan untuk bunuh lipas adalah dengan menggunakan penyembur racun serangga khas untuk membunuh lipas. Dah sembur pada lipas, apabila mati terus disapu dan dibuang.

Semoga info ini dapat beri peringatan kepada kita. Jangan lupa untuk pastikan kediaman atau kenderaan seperti kereta berada dalam keadaan bersih ye :)


4 comments:

  1. guna ridsect sebab geli tengok lipas bila kena penyek..

    nasib baik tak suka penyekkan lipas.. good info anyway

    ReplyDelete
  2. besar sangat gambar lipas tu.. geli.. thanks ye maisarah untuk infonya :)

    ReplyDelete
  3. eee...pernah buat. aiyoyo...mesti cacing tu da hinggap mana2. T_T
    btw Tq for the info maisarah

    ReplyDelete
  4. Guna ubat gegat untuk cegah lipas...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda