Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan Secara Online

Cara Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan Secara Online

InsyaAllah bulan Jun 2016 nanti saya akan memperbaharui pendaftaran perniagaan saya di bawah nama MaiGraphicDesign. Kali pertama nak renew pendaftaran ni :)  Bagaimana cara memperbaharui pendaftaran perniagaan secara online? Atau kebanyakan orang kata, renew SSM.

Nak memperbaharui pendaftaran ni mudah je rupanya. Tak perlu bersusah payah lagi untuk memperbaharui pendaftaran perniagaan, sekarang ni kita boleh melakukannya atas talian dan di mana sahaja. Mudah bukan?

renew pendaftaran perniagaan online

Cara Memperbaharui/Renew Pendaftaran Perniagaan Secara Online

Anda hanya perlu datang ke kaunter untuk pengesahan biometrik sekali sahaja dan anda anda akan menikmati kemudahan memperbaharui perniagaan anda seumur hidup.

Beberapa langkah yang perlu diikuti:

1. Daftar sebagai pengguna portal ezbiz (ezbiz.ssm.com.my) menggunakan alamat emel yang sah.
2. Aktifkan ID anda di mana-mana kaunter SSM sekali seumur hidup.
3. Perbaharui pendaftaran perniagaan anda secara online.

Fi Perbaharui Pendaftaran Perniagaan

Fi atau yuran juga dikenakan bagi memperbaharui pendaftaran perniagaan mengikut ketegori.

1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan - RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan - RM5.00 setiap cawangan

Panduan Am Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan

1. Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun.
2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit dari waktu pembayaran dibuat.
3. Seseorang yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Maklumat ini diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Facebook Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

Renew pendaftaran perniagaan anda sebelum tamat tempoh ye. Kalau tak kena denda nanti :)


4 ulasan for "Cara Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan Secara Online"