Filem Muzik Janjiku oleh Hafiz Hamidun

Filem Muzik Janjiku oleh Hafiz Hamidun

Assalamualaikum dan selamat petang.

Sedap juga dengar lagu Janjiku nyanyian Hafiz Hamidun petang-petang ni sambil buat kerja. 
janjiku, hafiz hamidun
Kredit foto: Youtube
Janjiku ialah sebuah filem muzik oleh Hafiz Hamidun terbitan Arteffects International. Filem ini menampilkan Mira Filzah sebagai bintang utama. Nampak sweet sangat mereka digandingkan bersama.

Lirik lagu Janjiku berkisarkan tentang jodoh pertemuan antara dua hati yang telah ditetapkan oleh Allah. Tonton filem muzik ini pun dah boleh faham cerita disebaliknya :)

Filem Muzik Janjiku




Janjiku
Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Hafiz Hamidun
Hakcipta: Hafiz Hamidun

Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan keyakinan dan dada berombakan
Melangkah kumenuju gerbang itu

Dikau yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Erti bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri

Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata

Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua


Filem Muzik Janjiku oleh Hafiz Hamidun Filem Muzik Janjiku oleh Hafiz Hamidun Reviewed by Maisarah Humaira on April 05, 2016 Rating: 5

Tiada ulasan:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

Dikuasakan oleh Blogger.