Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Doa Ketika Sedang Marah

Ketika Sedang Marah


Doa Ketika Sedang Marah | Marah... Jika sedang marah, pelbagai perkara negatif kita akan lakukan jika tak bendung kemarahan tersebut. Habis semua kata-kata kesat keluar. Betul kan begitu? Tapi saya yakin bukan semua yang begitu.
marah

Perasaan marah datang dengan pelbagai sebab. Sehinga kita sendiri sukar untuk tafsirkannya. Kadang-kadang marah terjadi tanpa sebab. Perempuan selalu hadapi situasi ini. hehe :) 

Tapi jangan diikut perasaan marah itu. Kelak memakan diri sendiri. Ketika sedang marah, syaitan semakin galak menghasut dengan perkara negatif. Allahu. Memang perlu dijauhkan keadaan ini. Jangan dilayan nafsu marah ini.

Terdapat beberapa cara untuk meredakan kemarahan yang saya lakukan jika nak marah atau sedang marah. Yelah, manusia mana yang tiada perasaan marah, cuma cara seseorang itu melepaskan marah yang membezakannya.

Cara Meredakan Kemarahan

  • Ingat Allah dan berdoa. Doa ni saya jumpa waktu scroll FB :) Jom amalkan bersama.

doa ketika sedang marah
Kredit: Inteam

  • Berwudhuk atau basahkan muka dan kepala. 
  • Cuba untuk berdiam beberapa minit dan pejam mata.
  • Luahkan kepada seseorang yang dipercayai segala yang terbuku di hati tentang apa yang di'marahkan'.
  • Jika sedang berdiri (ketika sedang marah), duduk.
  • Sabar dan abaikan kata-kata negatif orang sekeliling.
  • Buat perkara positif yang disukai

Apa yang kita lakukan dalam seharian tak semesti semuanya betul dan dipersetujui ramai. Jadi, kalau ada yang menegur, eloklah kita ambil teguran itu sebagai nasihat dan elakkan melenting. Secara tidak langsung membuatkan kita semakin matang berfikir.

Sesungguhnya orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan amarahnya.

* Jangan marah selalu, nanti cepat tua dan muka berkedut. hehehe


2 ulasan for "Doa Ketika Sedang Marah"

  1. hurm time nak dtg bulan lg rasa siksa.. sekecil2 masalah pon sengaja nak perbesar.. adoiii.. husna kalau tgh marah, semua bnda tak layan dah.. bawak diri sorang2 buat je apa yg patot haa nanti dah cool baru sambung balik kerja/perbincangan atau perbualan.. kwn mmg dah tawu dah, diorg akan bg husna cool dlu tanpa pujuk or apa2, sbb nanti makin pujuk makin mnjadi.. so baik dok diam je..hihihi..

    BalasPadam
  2. Bila marah kita akan hilang kewarasan.. jom beristighfar bila rasa nk marah ;)

    BalasPadam