Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tips Elak Monday Blues

Tips Elak Mondays Blues

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua.
Semoga anda sihat selalu :)

Sebut sahaja hari Isnin pasti ramai yang mengeluh dengan hari tersebut. Bukan semua, mungkin hanya sebilangan sahaja. Mana taknya, Sabtu dan Ahad cuti dan kita rasa selesa dengan cuti itu lalu apabila teringat tentang rutin yang perlu dilakukan selepas habis cuti, itu yang membuatkan munculnya rasa malas dan lemau.
monday blues
Kredit foto: Crystal Kessler
Hari Isnin tu tiada salah apa pun. Yang salahnya adalah manusia itu sendiri. Manusia sendiri awal-awal dah set fikiran begitu. Memang jadi macam tu lah jawabnya. Selalu nampak status di Facebook seperti "Alaaaa esok Isnin dah.. tak best nye.." . Bukan yang bekerja sahaja mengalami Monday Blues, pelajar juga tidak terkecuali. Saya juga pernah alami perkara sebegini.

Namun, Monday Blues ni perlu dielakkan. Mengapa? Mungkin akan memberi kesan negatif terhadap aktiviti seharian yang sepatutnya dilakukan. Prestasi kerja tidak memuaskan, bosan, marah dan sebagainya. 

Terutamanya bagi kita yang beragama Islam. Sangat perlu untuk elakkan diri dengan Monday Blues ni. Tabiat ni bukan tabiat agama kita.

Jadi, terdapat beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada 'dijangkiti' Monday Blues. Tips ini saya sendiri lakukannya.


Tips Elak Monday Blues


1. Niat kerana Allah.

Ini perkara paling penting dan tujuan utama kenapa kita lakukan sesuatu perkara. Pekerja ataupun pelajar mesti tetapkan niat kerja kerana Allah. Pesan seorang ustaz, jika kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah semua kita dapat. Nak bantu ibu ayah dapat, beli rumah, kereta, nikah..insyaAllah Allah bantu kita dan kita akan merasakan gaji itu cukup dan bahagia dengannya. Jika kita buat sesuatu kerana sesuatu, contohnya bekerja kerana wang atau kerana orang, maka itu je lah yang kita akan dapat.

2. Baca doa bangun tidur.

Bangun je daripada tidur, terus senyum dan baca doa bangun tidur. Bukan hari Isnin je kena baca doa bangun tidur, hari-hari kena baca sebagai tanda syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Haaa..senyum pulak kenapa ? Bagi saya senyum membuatkan saya bahagia seperti seolah-olah tiada masalah yang saya hadapi. Bila kita mulakan hari dengan sesuatu yang positif, insyaAllah aura positif datang dalam diri kita. *Malam sebelumnya tidur awal.

Lagi satu, masukkan sedikit air ke dalam lubang hidung dan telinga kerana ini adalah rongga yang terbuka ketika kita tidur. Masukkan air sambil berselawat ke atas Nabi. Ustaz bagitau juga bahawa syaitan membisikkan sesuatu yang buruk ketika kita tidur. Apabila kita tergoda dengan bisikan itu, aura negatif mula datang dalam diri. Perkara yang perlu kita elakkan.

3. Solat Subuh

Jangan tinggalkan solat Subuh. Kalau terlewat, wajib qada'. Rugi wooo kalau tinggal solat Subuh ni. Solat ni seperti satu senaman bagi kita. Bagi perempuan yang tidak boleh bersolat kerana keuzuran dianjurkan berzikir.

4. Ambil sarapan dan pergi kerja awal.

Wajib ambil sarapan kerana badan perlukan tenaga.

Ya, perlu bertolak awal ke tempat kerja untuk elak kesesakan lalu lintas. Elakkan bertolak lewat. Bila lewat, mula rasa cuak. Kalau sampai tepat pada masanya baguslah tapi kalau terlambat memang monyok je la hari tu.

5. Mulakan kerja dengan Basmalah

Sebelum lakukan sebarang aktiviti, mulakan dengan berdoa kepada Allah. Baca Bismillahirrahmanirrahim sahaja pun bagus dah.

6. Buat kerja / belajar dengan hati yang gembira.

Apabila hati gembira, insyaAllah mudah kita selesaikan sesuatu perkara.

Yang penting jangan tinggal solat ye. Allah yang bagi rezeki kepada kita, takkan kita nak berpaling dari Dia kot...agak-agak la wei..

Jadi mulai hari ini, perlu set minda kita ke arah yang positif. Hari-hari adalah hari yang membahagiakan. Saya tau, masalah pasti terselit dalam hari kita. Tipulah kalau bahagia je memanjang. Tapi yang penting jangan mudah mengalah dalam berusaha dan yakin Allah sentiasa bantu kita.

* Sentiasa buat perkara yang dapat menceriakan hari anda. Nak melompat setinggi langit pun boleh. hehe


1 ulasan for "Tips Elak Monday Blues"