Untungnya..Emas Boleh Digunakan Banyak Kali! - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

05 April 2016

Untungnya..Emas Boleh Digunakan Banyak Kali!

Kegunaan Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)
Semoga anda yang membaca ini dimurahkan rezeki oleh Allah hendaknya.

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang Tips Cegah Boros. Bagaimana untuk mencegahnya? Dengan menyimpan emas.

kegunaan emas

Apa yang emas boleh buat? Ramai juga yang tertanya-tanya tentang cara untuk menggunakan emas. Yela.. dah jadi penyimpan emas mestilah perlu tahu cara untuk menggunakannya.

Katakan anda ada 10 keping suku dinar.

Contoh situasi, telefon anda rosak di pertengahan bulan, duit gaji hanya cukup untuk makan sehingga hujung bulan. Bagaimana nak buat?

Apa yang anda perlu buat ialah, pergi ke tempat pajak, gadaikan dalam 4 keping suku dinar, anda dapat RM400.
✳️ Gunakan duit tu untuk baiki telefon. Baki yang ada, disimpan untuk tebus semula emas/dinar.
✳️ Apabila dah dapat gaji, tebus semula emas yang anda telah gadaikan tadi.

Sekarang ini kita sudah dapat semula emas yang digadaikan tadi.

Kemudian... bulan depan mesin basuh pula rosak. Kos untuk baiki mesin basuh kira-kira RM300.
🌴 Pergi semula ke tempat pajak. Gadai 3 keping suku dinar dan anda dapat pinjaman RM300.
🌴 Anda dah boleh baiki mesin basuh.
🌴 Dinar tersebut boleh ditebus semula apabila dah dapat gaji nanti.

Tengok, emas yang sama. Tapi berguna banyak kali.

Ketika kita sedang menghadapi masalah duit, EMAS boleh digunakn sebagai cagaran.

Cara ini lagi elok dari kita berhutang dengan orang kan :)

Jom sahabat, kita simpan EMAS. Memang tak rugi tau. Tambah pula keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu. Emas tak mahal pun. 1gram emas pun dah boleh simpan. Simpan setiap bulan, lama-lama banyaklah. Beli emas dengan saya dapat murah. Nak tau lebih lanjut boleh PM saya di Facebook Maisarah Humaira'.

5 comments:

  1. assalamualaikum..nampak entry ni kat list following terus klik sini...tajuk nye menarik perhatian yaya.. hihi...

    sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

    Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

    http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. tq sudi baca :) insyaAllah Mai join contest tu

      Delete

Terima kasih atas komen anda