30 Mei 2016

Sudahkah Kita Bersyukur Hari Ini?

Bersyukur dengan nikmat Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua :)
Hari ini bakal berlalu pergi. Hari esok pula akan menjelma. Bagaimana dengan hari ini? Segala urusan berjalan dengan lancar atau sebaliknya? Apa pun yang telah berlaku, bersyukur kepada Allah. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada sesuatu yang Allah sembunyikan daripada kita. Ada sesuatu yang tersirat padanya.

syukur


Jika hari ini bakal berlalu, jangan risau kerana insyaAllah hari esok ada. Jadi, kita boleh mulakan hari esok dengan azam baru supaya lebih baik daripada hari ini. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. InsyaAllah.




29 Mei 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua :)
Jom sertai Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com. Comel2 je fridge magnet tu. Anda nak sertai juga? Klik banner di bawah.

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

lombok

Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...


26 Mei 2016

Kucingku Mengalami Tanda-tanda Sporo

Kucing yang Mengalami Tanda-tanda Sporo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua.
Hari Khamis minggu lepas (19 Mei 2016), saya telah membawa salah seekor kucing daripada 5 ke klinik haiwan, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Kangsar kerana terdapat ulat pada luka kucing tersebut. Saya perasan ada ulat pada luka kucing tu pun pada malam Khamis tu (Rabu). Allah..sayu hati bila tengok kucing macam ni. Doktor sahkan juga kucing betina saya, Memey mengalami tanda-tanda penyakit Sporotrichosis atau kebiasaannya dipanggil singkatannya Sporo.

Terkejut bila doktor vet beritahu Memey ada tanda-tanda penyakit Sporo. Sebab tahu penyakit jenis ini adalah serius dan boleh berjangkit kepada manusia.

ubat penyakit Sporo kucing

Apa itu Sporo atau Sporotrichosis

Menurut blog Klinik Haiwan Kampar, (pemiliknya adalah seorang doktor veterinar) penyakit sporotrichosis disebabkan oleh sejenis fungus yang dikenali sebagai Sporothrix schenckii (S. schenckii). 

Penyakit ini boleh mnyebabkan kucing kita maut sekiranya terlewat diberikan rawatan, bahkan kita sebagai tuannya juga berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit yang serupa macam kucing kita. Jadi, aspek keselamatan perlu dititikberatkan seisi rumah tatkala kucing dijangkiti penyakit sporo ini.

Punca? Dari mana datangnya fungus ini? Siapakah yang berisiko?

S.schenckii berasal dari atas tanah, terutamanya dibawah timbunan tumbuh-tumbuhan yang reput. Sangat banyak, dan hanya melalui luka kecil misalnya tertusuk duri ros, agen ini boleh menjangkiti kucing anda, dan ANDA juga! Oleh kerana itu, penyakit ini juga dikenali sebagai Rose gardener's disease.

Telah menjadi lumrah kucing sekiranya selepas membuang air besar meraka akan menggaru untuk menutup najis mereka.

Sekiranya mereka membuang diluar rumah, pastinya mereka akan mencari tanah. Di kuku mereka inilah S.schenckii ini akan berada.

Bagi kucing yang suka bergaduh atau lebih sesuai dikatakan kucing jantan, ketika mereka bergaduh, cakaran pada kucing lain pastinya akan memasukkan fungus ini di dalam darah. Selepas musim mengawan juga didapati peningkatan dalam kes kes sporo ni.

Begitulah serba sedikit tentang Sporo yang ditulis oleh pemilik blog Klinik Haiwan Kampar.

Luka pada Badan Kucing yang Tidak Sembuh

Pada badan Memey terdapat satu tompokan luka pada mulanya dijahit. Memey ni jenis tak suka duduk diam dan suka grooming bulunya. Selepas beberapa hari dijahit, mungkin terasa gatal pada jahitan tersebut. Maka digigitnya sehingga tercabut benang jahitan. Saya pun bawa semula Memey ke klinik kerana jahitan yang sudah terbuka. Doktor beritahu luka Memey tidak perlu dijahit semula sebab dah nak baik lukanya. Cuma perlu diberi antibiotik dan sapu iodin sahaja. 

Tapi dah nak masuk 2 bulan, luka tu tak juga sembuhnya. Masih basah. Cuma sekeliling kulit tepi luka tu je yang nampak kering. Selain beri antibiotik dan sapu iodin, saya juga sapu luka tu dengan minyak gamat tapi tetap tiada perubahan.

Sampailah satu hari (Rabu, 18 Mei 2016), saya nampak ada banyak ulat bergerak-gerak pada permukaan lukanya. Lalat dah bertelur atas luka tu. Esoknya (Khamis, 19 Mei 2016) luka Memey ada kesan lubang-lubang kecil disebabkan ulat tu makan isi. Keadaan Memey pada hari itu juga lemah dan tiada selera untuk makan. Disebabkan itulah saya bawa Memey ke klinik untuk dapatkan rawatan. Setelah doktor vet membuat pemeriksaan pada Memey, Memey sedang mengalami tanda-tanda sporo. Doktor mengeluarkan ulat dengan melakukan pembedahan kecil dan menjahit semula luka tersebut. Mungkin luka yang terbuka tu juga menyebabkan jangkitan sporo ini. Saya perasan juga, terdapat luka kecil pada dahinya (atas mata kiri) dan luka di celahan jari kaki kiri. Memey adalah semi roamer (berkeliaran di luar rumah), berak di luar je tapi sentiasa tidur dalam rumah. 
penyakit sporo kucing
Luka pada badan Memey yang dijahit semula

Doktor beritahu lagi Memey masih boleh sembuh dengan penjagaan yang rapi. Beberapa jenis ubat juga diperlukan oleh kucing yang menghidap sporo. Antaranya, krim Travocort, tablet anti fungus (ketacanazole/flukazole), vitamin untuk hati dan juga antibiotik.
ubat penyakit Sporo kucing
Ubat untuk mengubati penyakit Sporo pada kucing
ubat penyakit Sporo kucing
Antara ubatan yang diperlukan oleh kucing penghidap Sporo
Doktor juga sarankan kepada agar pentingkan kebersihan dan keselamatan. Nak sapu krim atau apa saja, perlu gunakan sarung tangan untuk elakkan kulit kita daripada terkena gigitan kucing penghidap sporo yang boleh memberi kesan buruk kepada manusia.

Apa pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengubati Memey supaya bebas daripada penyakit Sporo dan aktif seperti sebelum ini. Semoga Memey cepat sembuh, insyaAllah.


21 Mei 2016

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Semoga ceria selalu :)
Malam ni join giveaway kelolaan cik Nur Farhana iaitu #Ananasgoodmood Shawls Giveaway. Hadiahnya pastinya shawl seperti diberitahu dalam tajuk giveaway ini. Wah..shawl! Nak diberi percuma pulak tu. Sesiapa nak shawl percuma, boleh cuba dengan sertai givaway #Ananasgoodmood Shawls Giveaway.

Tak nak bebel panjang. Klik je banner di bawah ini untuk sertai #Ananasgoodmood Shawls Giveaway.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI GIVEAWAY

Tarikh tutup giveaway ni ialah 22 Mei 2016. Esok la maknanya kan. haha. Takpe, masih sempat lagi untuk sertai giveaway ini. Sertai cepat sebelum terlambat!

Semoga berjaya!



19 Mei 2016

Design dan Cetak Kad Bisnes Callista Marketing

Design dan Cetak Kad Bisnes Murah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pambaca :)
Alhamdulillah. Siap lagi satu artwork design dan cetak kad bisnes jenis frosted plastic card. Bahasa mudahnya kad nama plastik lutcahaya atau lutsinar.

Ramai juga yang minta kad jenis ni. Klien yang membuat tempahan kad jenis ini suka kad jenis ini kerana nampak eksklusif, kalis air dan tahan lama.Kad yang cantikdan unik ini selalunya mudah diingati. Haaa..itu kata klien yang menempah kad jenis ini.

Kali ini, klien adalah daripada Callista Marketing Sdn Bhd. Mulanya seorang sahaja yang membuat tempahan. Apabila dah siap dan hasilnya amat memuaskan, kadnya dipromot kepada rakan sepejabatnya. Alhamdulillah. Semua mereka membuat tempahan kad nama jenis lutsinar ini dan amat berpuas hati dengan hasil design dan cetakan.

kad bisnes murah

Beginilah rupa kad nama atau kad bisnes jenis plastik lutcahaya atau lutsinar. Memang tahan lama kerana ia kalis air dan diperbuat daripada plastik. Sesiapa yang menerima kad ini pasti tertarik kerana keunikannya.

Anda ingin memperkenalkan servis dan produk anda? Ingin meluaskan dan mengembangkan perniagaan anda? Sediakan kad bisnes atau kad nama sebagai salah satu cara untuk meluaskan perniagaan anda. Dengan kad bisnes, ramai yang akan cari anda nanti. Tak percaya? Cuba dulu untuk tahu kesannya.

Berminat untuk membuat tempahan design dan cetak pelbagai jenis kad
seperti kad bisnes, kad nama, kad jemputan, tag label dan lain-lain lagi dengan 
harga yang amat berpatutan dan berkualiti?

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan labih lanjut, hubungi saya melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


16 Mei 2016

Guru, Kau Pewaris Ilmu

Guru Pewaris Ilmu

Guru ibarat ibu bapa kita yang kedua. Mendidik dan mengajar serta menegur kesilapan dan kesalahan anak muridnya. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu. 
hari guru

Teringat waktu kecil dahulu, waktu mula melangkah masuk ke alam persekolahan ketika berumur 6 tahun. Mula belajar alif ba ta, ABC, 123. Sangat teruja untuk belajar pelbagai perkara baru. Sehinggalah menapak ke peringkat universiti dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Guru menjadi pembimbing ketika berada di sekolah. Mengajar dengan penuh kesungguhan sehingga anak didiknya dapat memahami sesuatu pelajaran.

Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tapi kadangkala tugas seorang guru dikritik, dikomen oleh pelajar dengan angkuh. Selalu terjadi kes seperti pelajar 'menghentam' guru di Facebook gara-gara tidak memahami apa yang diajarkan oleh gurunya. Salah siapa? Pelajar yang sepatutnya bertanya sewaktu berada di dalam kelas. Tidak sepatutnya menyalahkan guru kerana mereka menjaga ramai pelajar dengan pelbagai kerenah lagi... Makin hilang sikap hormat terhadap guru.

Guru tidak mengharapkan sebarang balasan daripada pelajar, cukuplah ilmu dan kejayaan yang dikecapi oleh pelajar itu sendiri. Itu sudah cukup membuatkan mereka gembira. Hargailah jasa guru yang telah mencurahkan ilmu demi memartabatkan maruah anak bangsa. Tetapi jangan sesekali lupa pada ibu bapa kita. Mereka adalah 'guru' sejak kita lahir. Tanpa mereka kita takkan melihat apa yang terjadi pada hari ini.

Jom tonton video pendek ni. Video ini dibuat oleh rakan sekelas saya ketika saya berada di tingkatan 4 (2006) sempena majlis sambutan hari guru peringkat sekolah.



Selamat hari guru!


14 Mei 2016

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

Shawl Exclusive by Papaglamz

Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.

harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni.

KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.
Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

-sekian-


12 Mei 2016

Selamat Hari Jururawat | Doodle Jururawat Comel

Selamat Hari Jururawat | Doodle Jururawat Comel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca yang dikasihi ;)
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara kurniaan Allah. Hari ini 12 Mei, merupakan Hari Jururawat Sedunia. Selamat hari jururawat diucapakan kepada semua jururawat di Malaysia dan di mana sahaja anda berada.

Artwork kali ini ialah doodle jururawat yang comel. Comel tak? hehehe. Doodle ini ditempah oleh klien untuk dibuat keychain bersulam. Petak yang dipegang doodle jururawat ini diisi dengan nama. Bagaimana rupanya doodle ni bila dah jadi keychain kan :)

doodle jururawat, kartun jururawat

Alhamdulillah, klien amat berpuas hati dengan design doodle ini. Kalau anda nak tempah pun boleh juga. Cepat2 Whatsapp saya ok :)

Bagaimana dengan harga? Harga sudah semestinya amat berpatutan. Berbaloi tempah tau. Satu doodle ni untuk pelbagai kegunaan. Boleh letak pada banner, bunting, kad jemputan, button badge, bookmark, Facebook dan lain-lain lagi. Klien kali ini nak buat keychain katanya. Haaaa.. macam-macam boleh kan?

Anda berminat untuk membuat tempahan doodle atau watermark dengan harga yang berpatutan? 

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


11 Mei 2016

First Giveaway By Izzati Suhaide

First Giveaway By Izzati Suhaide

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga pembaca semua ceria selalu :)
Nampak entri giveaway ni, nak cuba nasib jugak. Mana tau kot2 ada rezeki kita terselit kat sini kan. hehe. Jom serta First Giveaway By Izzati Suhaide. Hadiah yang ditawarkan boleh tahan menarik. 

Nak join? Klik banner di bawah ni cepat2 ok.

First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:
Izzati SuhaideIrrayyan, Bonde Zaidalifah, Anizz Anissa, Yanie Yusuf, Azirahman, Khaty Aiman, Amysyeera, Azlinda Alin, Suria Amanda, Mastura Din, Reena, Sarang Kehidupan

3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom

4) Like Page:



5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+
+Izzati Suhaide 
+Amanda Suria 

8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm

09 Mei 2016

Design Doodle Pengantin dan Watermark Nurul FHMT

Doodle Pengantin dan Watermark

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, siap lagi satu artwork untuk klien iaitu doodle pengantin dan watermark. Klien telah memilih warna merah jambu dan biru untuk doodle dan watermark tersebut.

Doodle pengantin perempuan dijadikan subjek utama dalam watermark. Nama singkatan juga diletakkan pada watermark. Maka jadilah watermark seperti di bawah ini (bucu atas kiri) . . .

doodle pengantin comel
Saiz gambar ini telah dikecilkan. Saiz asal adalah besar dan kualiti cun.
Comel tak pengantin tu? hehehe. Kalau anda suka, boleh buat tempahan juga. Jangan segan, tanya je saya terus. 

Harga sudah semestinya amat berpatutan. Berbaloi tempah tau. Satu doodle ni untuk pelbagai kegunaan. Boleh letak pada banner, bunting, kad jemputan, button badge, bookmark, Facebook dan lain-lain lagi. Nak print atas glossy paper dan pasang bingkai pun boleh. Berbaloi kan?

Anda berminat untuk membuat tempahan doodle atau watermark dengan harga yang berpatutan? 

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email : maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)


Servis Design dan Cetak Kad Bisnes Murah

KAD BISNES MURAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kad bisnes murah di sini!
Anda sedang mencari kad bisnes harga mampu milik?
Anda ingin meluaskan perniagaan anda dan dikenali ramai?
Jom tempah kad bisnes dengan MaiGraphicDesign Enterprise sekarang juga!
kad bisnes murah
Boleh save gambar ini ye :)

Harga di atas untuk kad jenis MATTE/GLOSSY LAMINATE 260 GSM (depan dan belakang). Kad jenis ini mendapat permintaan tinggi daripada klien.

Selain matte/glossy laminate, kad jenis art card, spot uv dan frosted plastic card (kad plastik lutsinar) juga disediakan.
kad bisnes murah
Jenis dan perbezaan kad bisnes
Apa yang menariknya servis design dan cetak kad bisnes daripada MaiGraphicDesign?

  • Harga berpatutan.
  • Harga yang disediakan sudah termasuk caj design.
  • Percuma kos penghantaran pos ke seluruh semenanjung Malaysia.
  • Dan yang pastinya, harga mampu milik dan kualiti terjamin. InsyaAllah.

Anda tidak ada idea untuk design sendiri kad bisnes anda?
Atau anda mahukan kami design kad bisnes anda?
Jangan risau, kami sedia untuk menyediakan design kad bisnes yang menarik untuk anda.

Hasil tempahan, boleh lihat sini:

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,
sila hubungi MaiGraphicDesign Enterprise di:

atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)
atau
Email: maigraphikdesign@gmail.com

Jadi, tunggu apa lagi? Jom tempah sekarang juga!


06 Mei 2016

Jangan Pernah Berat Untuk Bersyukur

Jangan Pernah Berat Untuk Bersyukur

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Apa khabar iman kita hari ini? Semoga 'sihat' selalu, insyaAllah.
Jangan lupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia.

syukur, terima kasih

Bersyukur . . . maksudnya sama seperti berterima kasih. Menghargai sesuatu pemberian. Allah bagi kita sedut oksigen dengan percuma tanpa bayaran. Allah beri kita air percuma berupa hujan untuk membasahkan bumi. Kita minta apa sahaja pada Allah, insyaAllah dengan izinNya kita dapat apa yang diidamkan. Kadang-kadang kita tak nampak atau buat-buat tak perasan dengan apa yang Allah beri kepada kita tanpa mengenakan sebarang bayaran pun.

Tapi sekali dugaan datang, kita mudah merungut atas sesuatu masalah yang ditimpakan kepada kita. Ada juga yang dah dapat seperti yang dihajati, terus lupa kepada yang membantunya selama ini. Sebelum dapat, beria-ia meminta. Sudah dapat, terus lupa. Mana syukur kita selama ini?

Jom audit diri. Semoga saya dan kita semua sentiasa beringat dan bersyukur kepada Allah walau dalam apa jua keadaan.


Indah semua ciptaan-Nya
Ini semua dari-Nya
Jangan pernah berat 'tuk bersyukur
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Ku tahu jalannya
Kamu tahu jalanmu
Kita semua setara
Tiada beza semua manusia

Terima kasih kerana-Nya
Menyatukan kita semua
Apa yang jadi itu kurnia
Tak perlu bayar tak perlu merungut

Jelas segala semua sempurna
Indah ciptaan segala dari-Nya

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Marilah kita terus-terus memuji
Tak kira walau satu tika diuji
Laluilah dan ucap Allah Maha Suci
Nikmat disyukuri di langit dan di bumi
Dan bersyukur dengan ikhlas selalu untuk memberi
Itulah kunci pada pintu rezeki
Bererti mensucikan budi pekerti
Berterima kasih aku mendapat rezeki

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah (Subhanallah)
Subhanallah (Subhanallah)
Kasih-Mu Allah
Subhanallah

Subhanallah
Subhanallah
Kasih-Mu Allah
Subhanallah


05 Mei 2016

Bateri Kereta Kong di Putrajaya

Bateri Kereta Kong di Putrajaya

Semalam chatting di Whatsapp dengan salah seorang rakan yang menetap di kawasan Shah Alam. Bila dah dapat chatting, macam-macam cerita keluar. Seronok betul kami bertukar-tukar cerita. Dia cerita, bersiar-siar di Putrajaya sampai bateri kereta kong. Tu la nak berjalan jauh tapi tak periksa keadaan kereta dulu. Perempuan kan. Tahu pandu je, bahagian enjin jarang nak ambil tahu. Bila bateri kereta kong, mulalah gelabah tak tentu pasal. hehe

Dia cerita, pada pagi Ahad, dia bersama adiknya serta 3 orang rakan sekelasnya menuju ke Putra Square, Putrajaya untuk menjalankan aktiviti rakaman video berkaitan subjek di IPT adiknya. Sampai sahaja di lokasi, kereta diberhentikan untuk memulakan aktiviti.

Bateri Kereta Kong

Setelah selesai aktiviti, enjin kereta pun dihidupkan tetapi masih tidak berjaya. Ahhh sudah.. menggelabah la rakan saya tu. Dah la pertama kali jadi macam tu. Tanpa fikir panjang, dia terus menghubungi abangnya untuk mengetahui sebab enjin tidak dapat dihidupkan. Mungkin berpunca daripada bateri kereta ‘kong’. Jadi bolehlah jump dengan kereta lain. Kebetulan ada kereta lain juga di situ. Belek punya belek but kereta, rupanya jumper tertinggal di rumah. Tanya kereta yang lain pun tiada jugak. Buntu sekejap. Tiba-tiba teringat gambar yang di hantar ke group whatsapp keluarganya tentang Bateriku.com.
bateri kong, bateriku.com

Ada nombor telefon pada gambar itu. Apa lagi, rakan saya terus sahaja menghubungi Bateriku.com untuk memberitahu masalah, jenis kereta yang dipandu dan lokasi. Pihak Bateriku.com memberitahu harga bateri kereta sebelum memulakan perkhidmatan. Rakan saya beritahu, dia hanya perlu membayar harga bateri sahaja manakala perkhidmatan pemasangan dan sebagainya tidak dikenakan caj. Yang ni memang menarik! Dapat juga berjimat kan.

Kurang sejam menunggu akhirnya sebuah van hijau tertera nama Bateriku.com sampai di lokasi seperti yang diberitahu. Servis yang bagus daripada pihak Bateriku.com membuatkan rakan saya berasa selamat dan lega kerana berurusan dengan syarikat yang dipercayai dan bukan scam.
bateri kong, Bateriku.com
Van Bateriku.com

Sebelum kru Bateriku.com menukar bateri baru, mereka memeriksa kenderaan terlebih dahulu untuk memastikan masalah kereta tak boleh start ini benar-benar berpunca daripada bateri. Setelah siap diperiksa, mereka memberitahu masalah ini memang berpunca daripada bateri.

Proses penukaran dan pemasangan bateri mengambil masa hanya beberapa minit sahaja. Sebelum enjin kereta dihidupkan, mereka akan pastikan bateri kereta dipasang dengan betul dan berfungsi dengan baik. Mereka melakukan kerja dengan cermat. Memakai baju khas Bateriku.com, sarung tangan dan pelapik semasa kerja dilakukan. Setelah selesai kerja pemasangan, mereka tidak lokek untuk memberi tips penjagaan enjin kereta dan bateri kereta. Bagus kan Bateriku.com ni. Siap bagi tips lagi tu. Kru Bateriku.com juga beritahu, bateri kereta yang baru ni mempunyai jaminan selama 1 tahun dari Bateriku.com. Kalau ada sebarang masalah dengan bateri kereta yang baru ditukar ni boleh hubungi mereka terus.

Dah siap semua, mestilah nak bayar kan. Rakan saya tengok isi dompetnya, duit pula tidak berapa mencukupi untuk buat bayaran. Nak keluarkan duit dari mesin ATM jauh pula. Mujur pihak Bateriku.com menerima bayaran dengan menggunakan kad debit. Alhamdulillah, selesai masalah bateri kereta kong ni.

Lepas ni tak perlu panik tak tentu arah kalau bateri kereta kong. Boleh hubungi Bateriku.com terus kata rakan saya.

Terbaiklah servis dari Bateriku.com ni.... Bagi sesiapa yang belum tahu tentang Bateriku.com dan servis yang disediakan, berikut adalah serba sedikit tentang Bateriku.com.

Kedai Bateri Kereta Berharga Murah, Bateriku.com

Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan bateri kereta percuma. 

bateri kong, bateriku.com

Bateri kereta kong? Hanya melalui satu panggilan telefon atau WhatsApp, kru Bateriku.com pasti datang ke tempat atau lokasi anda dengan segera untuk kerja-kerja menyelamat.

Sebab perlu pilih Bateriku.com

Harga murah

Bateriku.com menawarkan harga yang murah berbanding perkhidmatan lain. Mereka melakukan penghantaran, memeriksa dan pemasangan percuma.

Bayaran hanya untuk harga bateri yang baharu dipasang. Tidak perlu beli bateri dan tiada caj dikenakan sekiranya bateri kereta masih boleh digunakan. Setelah diteliti dan, harga yang ditawarkan oleh Bateriku.com lebih murah berbanding servis di kedai dan bengkel lain.

bateri kong, bateriku.com

Syarikat yang kukuh dan dipercayai

Bateriku.com adalah milik syarikat tempatan, satu lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Green Inisiatif Sdn Bhd (GISB) untuk berkhidmat kepada pelanggan di tempat kejadian, di mana sahaja mereka berada.

Rupanya, ramai yang telah menggunakan perkhidmatan Bateriku.com. Ini menunjukkan bahawa perkhidmatan yang disediakan syarikat ini berada pada tahap bagus sehinggakan ramai yang mempercayai perkhidmatan yang ditawarkannya.

Bateriku.com menawarkan perkhidmatan di lokasi, pembaikan automotif dan elektrik mobil sepenuhnya yang datang kepada anda pada masa dan tempat, yang menjadikan ia mudah, menjimatkan masa dan wang. Samada kereta diservis di rumah atau di tempat kerja, tidak akan memberi kesan kepada jaminan pengeluar kereta. Mereka beroperasi untuk memenuhi spesifikasi pengeluar dan hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti yang diluluskan dan bateri-bateri terpilih.

Antara testimoni pengguna tentang Bateriku.com:

testimoni Bateriku.com

testimoni Bateriku.com

testimoni Bateriku.com

Maklumat untuk hubungi Bateriku.com

Bateriku.com kini beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Bateriku.com akan sampai ke seluruh Malaysia pada penghujung tahun ini. Waktu Bateriku.com beroperasi mula dari jam 7 pagi sehingga 12 pagi.

Anda berminat dengan servis dari Bateriku.com? Hubungi Bateriku.com untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

No. telefon: Bebas tol 1800-22-2324
Whatsapp: 012-245 8027
Alamat: 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam.
Faksimili: +60378430106
E-mel: customersupport@bateriku.com
Laman web : http://bateriku.com/
Instagram : https://www.instagram.com/baterikudotcom/
Facebook : https://www.facebook.com/bateriku



02 Mei 2016

Design Blog Syera Othman

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan selamat pagi. Selamat hari pekerja semua. Seronok kan cuti? :)
Hari ini nak kongsi artwork design template blog Syera Othman. Blog yang bertemakan warna hijau terang, warna peach dan sedikit gabungan warna lain bagi menyerikan lagi blog ini. Klien inginkan template yang ringkas tetapi nampak menarik. 

Doodle comel yang melambangkan pemiliknya diletakkan pada header blog. Doodle ini saya design sendiri. Bunga-bungaan yang berwarna pastel juga diletakkan pada header sebagai penambah seri dan tarikan kepada pengunjung blog miliknya. 

Alhamdulillah, secara keseluruhannya pemilik blog amat berpuas hati dengan template blog barunya. Seronok saya dengar :) Kalau nak tahu apa isi di blognya, bolehlah melawat blognya.

Blog pakej 3 + doodle: Blog Syera Othman
(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)

design blog murah
Template blog
design banner blog murah
Banner blog
Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)