Guru, Kau Pewaris Ilmu - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

16 May 2016

Guru, Kau Pewaris Ilmu

Guru Pewaris Ilmu

Guru ibarat ibu bapa kita yang kedua. Mendidik dan mengajar serta menegur kesilapan dan kesalahan anak muridnya. Betapa besarnya pengorbanan seorang guru yang tidak jemu mencurahkan ilmu. 
hari guru

Teringat waktu kecil dahulu, waktu mula melangkah masuk ke alam persekolahan ketika berumur 6 tahun. Mula belajar alif ba ta, ABC, 123. Sangat teruja untuk belajar pelbagai perkara baru. Sehinggalah menapak ke peringkat universiti dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Guru menjadi pembimbing ketika berada di sekolah. Mengajar dengan penuh kesungguhan sehingga anak didiknya dapat memahami sesuatu pelajaran.

Bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tapi kadangkala tugas seorang guru dikritik, dikomen oleh pelajar dengan angkuh. Selalu terjadi kes seperti pelajar 'menghentam' guru di Facebook gara-gara tidak memahami apa yang diajarkan oleh gurunya. Salah siapa? Pelajar yang sepatutnya bertanya sewaktu berada di dalam kelas. Tidak sepatutnya menyalahkan guru kerana mereka menjaga ramai pelajar dengan pelbagai kerenah lagi... Makin hilang sikap hormat terhadap guru.

Guru tidak mengharapkan sebarang balasan daripada pelajar, cukuplah ilmu dan kejayaan yang dikecapi oleh pelajar itu sendiri. Itu sudah cukup membuatkan mereka gembira. Hargailah jasa guru yang telah mencurahkan ilmu demi memartabatkan maruah anak bangsa. Tetapi jangan sesekali lupa pada ibu bapa kita. Mereka adalah 'guru' sejak kita lahir. Tanpa mereka kita takkan melihat apa yang terjadi pada hari ini.

Jom tonton video pendek ni. Video ini dibuat oleh rakan sekelas saya ketika saya berada di tingkatan 4 (2006) sempena majlis sambutan hari guru peringkat sekolah.



Selamat hari guru!


4 comments:

  1. Selamat hari guru.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru bt semua pendidik.wah siap ada video lg tu. jemput baca entry sy ye

    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/05/guru-pembina-negara-bangsa.html

    ReplyDelete
  3. Tanpa cikgu mana mungkin boleh jadi macam sekarang. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  4. walaupun dah 3 hari, rasa macam tak leh move on daripada teacher's day. happy teacher's day. :D

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda