Petua Melegakan Lenguh Badan dengan Segera

Maisarah Humaira | 26.6.16 | 3 Komen

Petua Melegakan Lenguh Badan

Lenguh badan menjadikan kita tidak selesa dan mengganggu kehidupan seharian. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada terjadinya lenguh-lenguh badan. Antaranya kerap mengangkat
barangan yang berat, banyak berjalan, kerja yang memerlukan duduk yang lama, duduk atau tidur dalam keadaan posisi tidak betul dan lain-lain lagi.

Biobax Cool Theraphy, lenguh badan

Petua Melegakan Lenguh badan Cara Tradisional

Terdapat beberapa petua untuk melegakan lenguh badan secara tradisional yang mudah diikuti. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

1. Bawang Merah
Ambil 7 ulas bawang merah dan ditumbuk. Masakkan dengan kira-kira enam camca besar minyak kelapa asli dan goreng hingga bawang itu menjadi hitam. Gunakan minyak itu untuk menggosok di sendi-sendi yang sengal itu.

2. Halia
Ambil dua ketul halia kira-kira 10 cm, sebiji telur ayam kampung dan madu lebah kira-kira 2 camca teh. Halia diparut dan ditumbuk, dibubuh sedikit air dan kemudian diperah, ambil airnya dan bubuh dalam gelas. Masukkan madu dan kuning telur lalu dibancuh hingga sebati. minumlah dua kali sehari. Insyaallah sembuh.

3. Lada Hitam
Lada hitam kira-kira dua puluh biji ditumbuk hingga menjadi serbuk. Bubuh sedikit minyak kelapa dan minyak kayu putih. Gosokkan pada sendi-sendi yang lenguh itu.

4. Daun Lengkuas
Daun lengkuas kira-kira lima helai, daun serai wangi tiga helai, dau kunyit lima helai dan daun jerangau lima helai lalu direbus semuanya dalam satu periuk dengan airnya kira-kira dua gelen. Gunakan air itu untuk mandi pagi dan petang.

Berurut juga perlu untuk melegakan lenguh badan. Jangan lupa untuk bersenam juga ye. Begitulah antara beberapa petua mudah untuk melegakan lenguh-lenguh badan.

Betullah. Memang tak selesa jika badan mengalami lenguh-lenguh. Kerja saya sebagai pereka grafik memerlukan duduk yang lama dan sentiasa menggunakan komputer. Amat terasa lenguh di bahagian belakang badan disebabkan duduk dalam masa yang lama dan terasa lenguh yang ketara pada bahagian tangan terutamanya kawasan pergelangan dan jari tangan kanan. Ada juga beberapa petua saya ikut dan rasa keberkesanannya. Tapi kadang-kadang malas jugak nak ikut petua. hehe. Jadi, setelah 'risik' pelbagai produk untuk melegakan lenguh badan dengan cepat, akhirnya Biobax Cool Theraphy menjadi pilihan.

Apa Itu Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy adalah semburan yang memberi kelegaan lenguh badan dengan segera. Hanya sembur pada kawasan yang mengalami lenguh, terus lega! Yang penting, tak melekit dan terus meresap ke dalam kulit.

Biobax Cool Theraphy, ubat lenguh

Bahan-bahan dalam Biobax Cool Theraphy adalah 100% organik. Kandungan Biobax Cool Theraphy adalah:

- Minyak Eucalyptus
- Minyak Habbatussauda
- Minyak Zaitun
- Za'faran
- Serai
- Halia Bara
- Kaffir Lime
- Peppermint
- Menthol Crystal

Bahan-bahan organik yang terkandung dalam Biobax Cool Theraphy membuatkan ia sesuai digunakan oleh ibu mengandung dan ibu berpantang.

Kegunaan Biobax Cool Theraphy

Biobax Cool Theraphy, digunakan untuk kelegaan segera, sakit-sakit biasa, sakit otot dan sendi yang biasa seperti:

- Lenguh-lenguh badan
- Sakit Belakang
- Sakit lutut
- Ketegangan
- Terseliuh
- Selsema/resdung

Selain lenguh-lenguh, Biobax Cool Theraphy juga boleh melegakan selsema. Hanya semburkan sedikit Biobax pada tapak tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan sedut bau di tapak tangan sehingga hilang bau.

Kelebihan Biobax Cool Theraphy

- Melegakan lenguh-lenguh di badan dan sendi
- Segera melegakan sakit belakang dengan kesan sejuk
- Tahan sehingga 5 jam
- Melancarkan peredaran darah
- Terbukti berkesan untuk melegakan sakit belakang
- Sesuai untuk melegakan selsema dan resdung

Kini, Biobax Cool Theraphy adalah teman setia saya. Sebotol Biobax Cool Theraphy wajib ada dalam beg tangan semua wanita. Yelah, sembur je dah boleh lega. Haa apa lagi? Jom dapatkan seorang satu atau belikan kepada insan yang tersayang terutamanya ibu bapa kita.

Harga Biobax Cool Theraphy

Harga 1 botol Biobax Cool Theraphy adalah RM85 untuk Semenanjung Malaysia dan RM90 untuk Sabah/Sarawak. Sebotol boleh digunakan sehingga 500 kali semburan, tahan sehingga 3 bulan. Wah, memang jimat ni!

Anda berminat untuk mendapatkan Biobax Cool Theraphy?
Whatsapp atau Telegram saya (Maisarah, Agen Sah Biobax)
di nombor 012-583 1965
dengan segera sebelum terlambat.

HOT: Petua Mudah Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Sumber petua: Blog einaangel


Hantu Ramadhan

Maisarah Humaira | 20.6.16 | 2 Komen

Pembaziran dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah, kini kita berada di dalam fasa kedua bulan Ramadhan. Fasa berapa pun kita berada, yang penting kita laksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang kita rasa dah banyak amalan baik yang dah dilakukan dalam bulan Ramadhan ini. Tapi satu masalah yang kita tidak perasan adalah pembaziran, salah satu masalah yang sering berlaku dalam bulan Ramadhan. Bila dah ada di bazar Ramadhan, jadi rambang mata dengan pelbagai makanan. Lalu terbeli melebihi keperluan. Kerana membeli ikut nafsu, akhirnya 'terpaksa' membazir.

Hantu Ramadhan? Apa kaitannya pula hantu dengan bulan Ramadhan ni? Bulan puasa ni ada hantu ke?

hantu Ramadhan

Mak selalu beritahu, kalau makanan tak habis dan dibuang begitu saja, makanan tu akan menangis. Hehe betul ke? Nak tau betul atau tak, tonton video 'Hantu Ramadan' daripada Mat Luthfi.



Mesej yang disampaikan dalam video ini ialah tentang pembaziran. Terbaiklah Mat Luthfi and the gang. Perkara yang selalu kita buat dalam bulan puasa ni kan.

Makanan 'menangis' macam bunyi hantu mengilai kan. Seram juga dengarnya. Menangis sebab tidak dihabiskan dan akhirnya dibuang. Macam tu la agaknya 'perasaan' makanan yang tidak dihabiskan.

Makanan yang kita dapat jamah ketika berbuka puasa adalah rezeki. Sayang jika rezeki itu kita sia-siakannya. Jangan dilayan nafsu yang inginkan pelbagai benda akhirnya kita yang rugi. Waktu kita lapar, nafsu pun lapar juga. Tak salah ke bazar Ramadhan, tapi belilah mengikut keperluan saja. Bawa RM5 pun dah boleh dapat macam-macam tau.

Akhir kata, berfikir dahulu sebelum membeli. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Jika ada lebih, sedekah itu lebih baik.


Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Maisarah Humaira | 18.6.16 | 14 Komen

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY

Apa itu Sabun Sejuk Sedap ???
[tekan sini]

Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!

Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)

[TEKAN SINI] UNTUK JOIN GIVEAWAY

Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu
Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis
Tarikh keputusan diumumkan pada :
02.07.16 *Sabtu

- - - - - - - - - - -
Terima kasih kerana sudi menyertai Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . Semoga anda bertuah dan berjaya
- - - - - - - - - - -

  Senarai peserta di SINI [tekan sini]


Puasa Tetapi Tidak Tunaikan Solat

Maisarah Humaira | 15.6.16 | 5 Komen

Puasa Tapi Tak Tunaikan Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Hari ini kita sudah pun memasuki hari ke 10 Ramadhan 1437H. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menulis dan anda masih diberi kesempatan untuk membaca tulisan ini. Emm..puasa tapi tak solat. Bolehkah begitu?

puasa, solat

Solat dan berpuasa pada bulan Ramadhan terkandung dalam Rukun Islam yang wajib umat Islam taati. Bagaimana pula jika hanya berpuasa tapi tidak tunaikan solat? Adakah puasa orang yang tidak menunaikan solat diterima? Jom dengarkan kata-kata Ustaz Azhar Idrus tentang persoalan ini.


Adakah diterima puasa orang yang tidak solat? Amalan jadi tergantung kerana solat adalah asas ibadah. Solat itu tiang agama. Dah namanya tiang. Mana boleh ditinggalkan begitu saja. Rapuh tiang, runtuhlah rumah. Begitu juga dengan ibadah. Jadi, jangan sia-siakan ibadah kita pada bulan Ramadhan ini. 

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan ini dengan penuh penghayatan, bukan hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga. InsyaAllah.



Design Blog My Beautiful Dream

Maisarah Humaira | 13.6.16 | 3 Komen

Servis edit/design/customize blog murah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan semua :) Sudah masuk hari ke 8 kita berpuasa. Satu lagi artwork yang saya siapkan, design blog My Beautiful Dream. Alhamdulillah siap dengan jayanya. Pemilik blog ini telah memilih warna merah jambu dan coklat sebagai warna tema blognya. Maka terhasillah design seperti di bawah.

(klik url di atas untuk paparan penuh dan lebih jelas)
design blog murah
Template blog
Pemilihan warna tema blog yang sepadan. Ramai juga klien saya yang memilih padanan warna ini sebagai warna tema design. Cantik juga kan? :) Blog ini diserikan juga dengan sedikit bungaan dan rerama. Pemilik blog tersebut amat berpuas hati dengan hasil design ini. 

Di bawah ini adalah banner dan watermark untuk blog My Beautiful Dream.
design banner murah
Banner Blog
design watermark murah
Watermark
Apa yang ada di blog My Beautiful Dream ini? Blog ini berkisarkan tentang gaya hidup, kecantikan dan juga fesyen terkini. Anda sedang mencari baju raya yang cantik? Boleh juga cuci mata dan membeli belah di blog ini kerana terdapat koleksi baju kurung dan juga tudung yang cantik. Jadi apa lagi, sila ke blog My Beautiful Dream sekarang juga ya :)

Anda berminat untuk membuat tempahan design/edit blog dengan harga yang berpatutan? 
Untuk blog personal, blog bisnes dan lain-lain lagi.

Anda boleh membuat tempahan melalui:
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp/Telegram: 012-583 1965 (Maisarah)



Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Maisarah Humaira | 10.6.16 | 9 Komen

Shawl Cantik Percuma

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?

shawl murah, shawl cantik
KLIK BANNER DI ATAS UNTUK SERTAI SEGMEN INI

Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive

shawl murah, shawl cantik

shawl murah, shawl cantik

shawl murah, shawl cantik

shawl murah, shawl cantik

shawl murah, shawl cantik

shawl murah, shawl cantik

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


AWAS Pencuri pada Bulan Ramadhan

Maisarah Humaira | 8.6.16 | 2 Komen

Pencuri di Bulan Ramadhan 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini telah masuk hari ketiga kita menjalani ibadah puasa. Jom kita sama-sama gandakan ibadah dan amalan kebaikan pada bulan ini. 

pencuri bulan ramadhan

Emm.. Pencuri pada bulan Ramadhan? Siapa pencuri itu? Pencuri itu mencuri masa dan pahala kita pada bulan Ramadhan ini. Jom kenali beberapa pencuri bulan Ramadhan . . .

Perkara yang Mencuri Masa dan Pahala


televisyen, tv

Elakkan melihat iklan, menonton drama atau filem yang mendedahkan aurat dan tidak bermanfaat kepada diri. Bulan Ramadhan ini banyak slot keagamaan yang disiarkan di kaca televisyen. Adalah lebih baik kita tonton yang sebegini kalau nak tonton tv juga.

pasar, souq

Sebelum ke pasar, eloklah membuat senarai ringkas tentang barangan yang ingin dibeli dan tuliskan juga anggaran harga supaya kita dapat elakkan pembaziran. Buat senarai ni dapat membantu kita untuk berjimat dari segi wang dan masa.

berjaga malam

Sebaiknya tidur awal supaya kita ada kesempatan waktu untuk solat tahajud, ibadah sunat yang lain dan supaya tidak terlepas waktu sahur akibat tidur lewat. Elakkan daripada berjaga malam hanya untuk perkara sia-sia seperti chatting, main game di komputer dan lain-lain lagi. Kalau nak selesaikan assignment yang perlu dihantar cepat, yang ni lainlah...

dapur, kitchen

Terlalu banyak masa dihabiskan di dapur untuk menyediakan pelbagai jenis masakan, tetapi akhirnya banyak pembaziran berlaku. 

handphone

Tak salah pun guna handphone, tapi gunakan untuk tujuan kebaikan sahaja. Bukan digunakan untuk menyebarkan perkara yang tidak benar, mengumpat dan lain-lain. Bukan juga digunakan untuk mensia-siakan waktu pada bulan Ramadhan ini dengan chatting sembang kosong.


bakhil, kedekut

Bakhil atau kedekut tak mendatangkan sebarang faedah kepada kita. Lebih baik banyakkan sedekah. Sedekah yang paling baik adalah pada bulan Ramadhan. Ganjaran yang besar menanti di akhirat kelak.

Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
- Lirik Kalah dalam Menang, OST Munafik

majlis

Sebaik-baiknya hindari majlis yang melalaikan diri.

menyesal

Amat rugi jika kita biarkan Ramadhan berlalu pergi begitu sahaja tanpa pengisian yang bermanfaat. Jadi, masih sempat untuk kita pulun lakukan ibadah dan pelbagai amalan kebaikan pada bulan Ramadhan ini agar dapat menjadi amalan kebiasaan untuk dibawa pada bulan selain Ramadhan.

Semoga bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik bagi kita. InsyaAllah.

Sumber grafik: quranicgen.com



Tips untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan

Maisarah Humaira | 6.6.16 | 4 Komen

Tips untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini kita telah pun memasuki hari pertama bulan Ramadhan bagi tahun 2016/1437M. Ramadhan yang dirindui dan dinanti akhirnya tiba juga. Salah satu azam yang tersenarai untuk diselesaikan adalah khatam al-Quran dalam masa sebulan. 

tips khatam al-quran

Mampukah untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan? InsyaAllah, segalanya mungkin jika ada keyakinan yang tinggi dan fokus dalam sesuatu pekerjaan. Di samping membaca al-Quran, selitkan juga masa untuk tadabbur al-Quran supaya kita lebih memahami makna bacaan dan isi di sebalik ayat-ayat suci al-Quran. Banyak pahala yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang membaca al-Quran. Saya juga cuba untuk khatam dalam masa sebulan ini. InsyaAllah kita semua mampu lakukannya. 

Terdapat beberapa cara supaya dapat khatam al-Quran hanya dalam masa sebulan Ramadhan. Saya temui cara ini dalam channel Telegram OFFICIAL.ISLAMIC_QUOTES

Cara untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan


UNTUK SATU KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 4 halaman
2. Solat Zohor 4 halaman
3. Solat Asar 4 halaman
4. Solat Maghrib 4 halaman
5. Solat Isyak 4 halaman

UNTUK DUA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 8 halaman
2. Solat Zohor 8 halaman
3. Solat Asar 8 halaman
4. Solat Maghrib 8 halaman
5. Solat Isyak 8 halaman

UNTUK TIGA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 12 halaman
2. Solat Zohor 12 halaman
3. Solat Asar 12 halaman
4. Solat Maghrib 12 halaman
5. Solat Isyak 12 halaman

Bolehlah kita amalkan bersama. Lain orang, lain caranya. Sekadar perkongsian untuk memudahkan. Manfaatkan waktu rehat kita dengan tilawah dan tadarus al-Quran. Itu lebih baik daripada tidur atau sembang kosong :)

Sebarkan kebaikan ini dengan klik butang 'share' di bawah. Terima kasih :) Semoga kita dapat manfaatnya bersama.


Selamat Datang Ramadhan yang Dinanti

Maisarah Humaira | 3.6.16 | 3 Komen

Ramadhan, bulan yang dinanti

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua.
Alhamdulillah kita masih lagi dapat menghirup udara segar yang percuma milik Allah ini. InsyaAllah, beberapa hari sahaja lagi kita akan mula berpuasa selama sebulan. Ramadhan bulan penuh keberkatan, semakin menghampiri.

ramadhan 2016,puasa

Gembira rasa hati ini menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bagaikan menanti seseorang yang dirindui pulang dari perantauan ;) Mana tidaknya, pada bulan Ramadhan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Allah kurniakan lagi malam Al-Qadr yang diumpakan seperti seribu bulan. Allah.. betapa beruntungnya kita umat Islam. 

Ramadhan bulan ibadah, bulan kesabaran, bulan kerahmatan dan keberkatan. InsyaAllah, setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan digandakan pahala oleh Allah. Jangan asyik fikir, "alaaaa..bulan Ramadhan tak dapat makan waktu siang, mesti penat nanti". Jangan sempitkan pemikiran kita. Padahal bulan selain bulan Ramadhan kalau tak makan ok je pulak. Betul tak? ehehe. 

Nak didik jiwa dan nafsu kena selalu berpuasa. Jadi bulan Ramadhan ini adalah madrasah atau sekolah yang terbaik bagi umat Islam bagi mendidik jiwa dan nafsu. Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai cabaran buat diri sendiri. Cabar diri supaya jadi baik. Baik dari segala aspek.

Jom sahabat semua, sama-sama kita mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan yang dituntut syara' dan berusaha menjauhi laranganNya agar mendapat ampun dan redha Allah.

Semoga kita sempat bertemu Ramadhan kali ini dan dapat manfaatkan sepenuhnya bulan Ramadhan. InsyaAllah. Ramadhan karim!


Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Maisarah Humaira | 2.6.16 | 13 Komen

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 


GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 



Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

SYARAT WAJIB UNTUK GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN


Syarat-syarat Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin kali ini mudah je. 

1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin

2. Hanya like dan follow

Facebook : Rina Salleh Clothing
Instagram : Rina Salleh Clothing
Facebook : beautysweet2u
Instagram : beautysweetglobal

3. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entri INI


SYARAT-SYARAT LAIN UNTUK MINI GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN

:-

Syarat- syarat tak wajib follow dan like. Tapi, kalau nak follow dan like pun boleh. sangat di alu-alukan.

Follow blog azlindaalin,   Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  Follow Instagram Azlinda Alin , Like Fanpage azlindaalin.com



Antara hadiah yang di tawarkan untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin ini ialah :-


* 1 kotak BS Fibre dari Beauty Sweet + Kad Raya Azlinda Alin untuk 3 Pemenang

* Tudung Raya dari Rina Salleh Clothing + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Duit Raya RM10 + Kad Raya Azlinda Alin untuk 2 Pemenang

* Brooch Tudung / Butang Baju Melayu + Kad Raya untuk 2 Pemenang

* Bloglists (untuk daily blog walking) + Kad Raya untuk 5 Pemenang


Tarikh Mula Giveaway : 
2 Jun 2016 (Anniversary / Ulang Tahun Perkahwinan)

Tarikh Tamat Giveaway :  
25 Jun 2016 11.59 malam (Hari Jadi Dzal Aidi Fiqry) 

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada : 
27 Jun 2016 (Isnin)


Terima kasih kerana sudi sertai Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. Semoga berjaya ;)


MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa