Tips untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

06 June 2016

Tips untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan

Tips untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini kita telah pun memasuki hari pertama bulan Ramadhan bagi tahun 2016/1437M. Ramadhan yang dirindui dan dinanti akhirnya tiba juga. Salah satu azam yang tersenarai untuk diselesaikan adalah khatam al-Quran dalam masa sebulan. 

tips khatam al-quran

Mampukah untuk khatam al-Quran dalam masa sebulan? InsyaAllah, segalanya mungkin jika ada keyakinan yang tinggi dan fokus dalam sesuatu pekerjaan. Di samping membaca al-Quran, selitkan juga masa untuk tadabbur al-Quran supaya kita lebih memahami makna bacaan dan isi di sebalik ayat-ayat suci al-Quran. Banyak pahala yang Allah kurniakan kepada sesiapa yang membaca al-Quran. Saya juga cuba untuk khatam dalam masa sebulan ini. InsyaAllah kita semua mampu lakukannya. 

Terdapat beberapa cara supaya dapat khatam al-Quran hanya dalam masa sebulan Ramadhan. Saya temui cara ini dalam channel Telegram OFFICIAL.ISLAMIC_QUOTES

Cara untuk Khatam al-Quran pada Bulan Ramadhan


UNTUK SATU KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 4 halaman
2. Solat Zohor 4 halaman
3. Solat Asar 4 halaman
4. Solat Maghrib 4 halaman
5. Solat Isyak 4 halaman

UNTUK DUA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 8 halaman
2. Solat Zohor 8 halaman
3. Solat Asar 8 halaman
4. Solat Maghrib 8 halaman
5. Solat Isyak 8 halaman

UNTUK TIGA KALI KHATAM AL-QURAN:

1. Solat Subuh 12 halaman
2. Solat Zohor 12 halaman
3. Solat Asar 12 halaman
4. Solat Maghrib 12 halaman
5. Solat Isyak 12 halaman

Bolehlah kita amalkan bersama. Lain orang, lain caranya. Sekadar perkongsian untuk memudahkan. Manfaatkan waktu rehat kita dengan tilawah dan tadarus al-Quran. Itu lebih baik daripada tidur atau sembang kosong :)

Sebarkan kebaikan ini dengan klik butang 'share' di bawah. Terima kasih :) Semoga kita dapat manfaatnya bersama.


4 comments:

  1. Alhamdulillah, penerangan yang sangat jelas. Terima kasih ye. Boleh diamalkan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..moga kita dpt manfaat bersama

      Delete
  2. Klu perempuan, kena back up at least 2 juz sehari, sbb kita x tau bila kita akan period :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sgt tu. hehe. bergantung kepada seseorang cara untuk khatam al-quran

      Delete

Terima kasih atas komen anda