Berpuasa Enam Hari Pada Bulan Syawal - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

15 July 2016

Berpuasa Enam Hari Pada Bulan Syawal

Berpuasa Enam Hari Pada Bulan Syawal

Hari ini merupakan hari kesepuluh Syawal 1437H. Mungkin ada di antara kita yang telah selesai melaksanakan ibadah puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini. Masih berbaki 19 hari lagi bulan Syawal. InsyaAllah kita masih berkesempatan untuk melaksanakannya sebelum bulan Syawal berlalu.

puasa enam dalam syawal

Besar ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambaNya bagi sesiapa yang melaksanakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan ikhlas.

Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith:
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat dalam bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Sumber: JAKIM

Jadi, jom sama-sama kita berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Rebut peluang keemasan ini sementara masih ada.


3 comments:

  1. ganti puasa n puasa enam.. slmt berpuasa ya.

    ReplyDelete
  2. ayah kita dah habis dah puasa enam. kita je belum start lagi ahhaha

    ReplyDelete
  3. Minggu depan baru nak start, InsyaAllah~

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda