Cara Gulung dan Potong Kulit Popia Nestum

Cara Menggulung Popia Nestum

Ramai juga yang cari resepi popia nestum di blog ni. Hasilnya entri resepi popia nestum ini sudah pun mencecah 100 ribu lebih bilangan pembacanya sejak bulan Julai 2015. Alhamdulillah, semoga perkongsian resepi yang mudah dan ringkas ini dapat beri manfaat kepada semua. Memang sesuai untuk dimakan bila-bila sahaja. Nak buat duit dengan popia nestum pun boleh tau.

cara gulung popia nestum

Macam-macam search keywords yang masuk dan sampai ke blog ini. Antaranya, resepi popia nestum, resepi popia nestum paling sedap, cara buat popia nestum dan cara gulung popia nestum. 
Disebabkan ada yang mencari cara menggulung popia nestum, saya nak kongsikan cara mudah untuk menggulung dan memotongnya.

Resepi penuh popia nestum boleh tengok di sini > Popia Nestum Rangup dan Sedap. Mudah je cara nak gulungnya. 

1. Sediakan dulang atau talam sebagai alas untuk proses menggulung. Nak guna tutup periuk atau apa saja yang rata pun boleh asalkan bersih.

2. Guna lidi satay atau straw untuk memudahkan menggulung kulit popia. Kalau tak guna tu pun takpe. Saya gulung macam tu je tanpa guna lidi atau straw. Tinggalkan sedikit ruang di hujung untuk disapukan dengan bancuhan tepung gandum atau telur sebagai pelekat.

cara gulung popia nestum

Begini hasilnya apabila dah siap gulung.

cara gulung popia nestum

3. Selesai proses menggulung, potong gulungan kulit popia dengan menggunakan gunting secara menyerong seperti gambar di bawah. Potong segera sebelum gulungan kulit popia mengeras. Kalau dah keras, memang susah nak potong. Dah siap potong, bolehlah digoreng.
cara gulung popia nestum
Maappp... gambo kabur pulak dah..

Ok. Tu je cara-cara gulung dan potong kulit popia untuk dibuat popia nestum, popia cheese atau apa saja yang berkaitan dengannya.

Selamat mencuba!


4 comments.. read them below or add one

Norma NML Norma NML Julai 28, 2016
Suka makan popia gulung ni..tanpa serbuk nestum pun dah sedap :)
Azwar Syuhada Azwar Syuhada Julai 29, 2016
Haritu ingat nak buat tak sempat la pula.. ;)
adianiez AIDA adianiez AIDA Julai 29, 2016
opismet akak sorang pakar buat ni.
buat jual tiap masa kat opis.

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)