Gaji Sebulan Habis Kerana Raya - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

11 July 2016

Gaji Sebulan Habis Kerana Raya

Gaji Sebulan Habis Kerana Raya

Baru je rasanya dapat gaji. Tapi tidak mencukupi untuk simpanan walaupun RM100. Gaji sebulan dapat banyak tapi cepat je habis. Ada diantara kita seperti itu? Syukur bukan saya.

raya, syawal, gaji habis

Salah satu sebab utama yang membuatkan gaji kita 'terbang' dengan laju adalah salah pengurusan atau tidak pandai mengurus wang gaji. Tambah-tambah waktu raya. Nampak je tulisan SALE terpampang di pasaraya, terus je memborong sakan tanpa membuat sebarang perancangan. Walaupun tengah hangat penurunan harga di sesebuah pasaraya dan harga juga boleh tahan murah, tapi perbelanjaan juga perlu dirancang dengan sebaik mungkin supaya kita masih punya simpanan atau perbelanjaan ketika waktu kecemasan.

Sebenarnya tak salah pun membeli barangan yang baru sempena hari raya. Barulah ada semangat nak raya kan :) Namun berpada-pada dan bersederhana itu kan lebih baik. Tidak perlu ada rasa menunjuk-menunjuk. Asalkan kita dapat sambut hari raya dengan gembira. 

Ada yang buat pinjaman peribadi sempena raya ni? Sebelum membuat pinjaman, fikir masak-masak dulu supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Ada yang kata, gaji bulanan yang dapat tu tidak mencukupi. Memang tak dinafikan. Dengan harga barang yang semakin naik, tetapi dengan perancangan kewangan yang teliti, insyaAllah masalah 'tak cukup' ini dapat dielakkan. Utamakan barangan keperluan yang betul-betul perlu. Tak perlu malu kalau baju raya bukan dari Bella Ammara, tudung bukan dari Fareeda. Asalkan dapat menutup aurat dengan sempurna, tu pun dah cukup.

Selain itu, buat kerja part-time juga membantu kita menambah pendapatan bulanan. Buat dua kerja? Penat laaaa... Haipp. Kalau kita nak sesuatu, kena berkorban la sikit bro dan sis.

Masalah yang ada semuanya berpunca daripada kita sendiri juga. Jadi, kita jugalah yang perlu jadi pandai untuk keluar daripada masalah. Sekali dah terkena, jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran buat diri. Jangan ulangi lagi kesalahan yang telah dilakukan.

Akhir kata, rancanglah perbelanjaan kita dan membeli mengikut kemampuan diri bukan mengikut nafsu. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa beringat tidak kira pada waktu susah atau pun senang.

Nah.. dengarkan lagu ni




6 comments:

  1. alhamdulillah masih ada lagi duit gaji..

    ReplyDelete
  2. Apa pun memang terasa raya sekarang ni... Belanja sikit tapi terasa banyak wang mengalir..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya sarah. betul tu, macam air je duit..

    ReplyDelete
  4. Blanje berhemah.
    Beringat.
    Sib baik aida x ikot perasaan :-)

    ReplyDelete
  5. Ramai yang menzalimi masalah sebegini. Sebenarnya ia berpuasa dri silap kita sendiri yg gagal menguruskan kewangan

    ReplyDelete
  6. Elaun saya pun dah habis lepas raya ni tapi bukan sebab raya. Sebab saya nak beli handphone baru. Dah lama sangat pakai handphone yang sekarang ni. Heheh. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda