Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jadi Jutawan Kerana Durian

Jadi Jutawan Kerana Durian

Durian... kulitnya dipenuhi dengan duri tapi ramai yang sukakannya. Walaupun ada segelintir yang kata bau durian ni busuk, tapi bagi penggemar durian kata wangi. Lagi kuat bau, lagi sedap disedut. hehehe. Buah durian sering menjadi rebutan ramai ketika tiba musimnya. Walaupun ada yang menjualnya dengan harga mahal, tetap ada pembelinya. Cayalah kau durian!

durian kampung

Beruntung bagi pemilik kebun atau dusun durian bila tiba musimnya. Memang boleh buat duit! Masa di universiti dulu sorang pensyarah pernah bercerita, ada orang Malaysia yang menjalankan eksport durian ke luar negara. Banyak negara pula tu. Sekali eksport bertan-tan banyaknya. Sah jadi jutawan tu.

Alhamdulillah, durian di kebun abah saya yang terletak di Padang Rengas, Perak menjadi tahun ni. Dapatlah merasa hasil setelah berbudi kepada bumi. Durian kampung mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Ramai yang mencari durian kampung ni. Durian original dari Malaysia la kata kan. Rasanya memang sedap. Durian di kebun abah mulai gugur selepas seminggu berhari raya. Tak sampai 3 minggu, jualan durian mencecah kira-kira RM1000 lebih. Alhamdulillah. Syukur sangat.

durian kampung

Daripada durian, macam-macam kita boleh buat. Antaranya durian boleh dibuat durian crepe, pulut durian, kuah durian, cucur durian, lempok durian, dodol durian, tempoyak, ais krim dan lain-lain lagi. Boleh juga dibuat jual kan. Dapat tambah pendapatan sampingan. Ramai peniaga di pasar malam mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai produk berasaskan durian ni. Memang menjadi rebutan dan laris!

durian kampung

Sebenarnya bukan durian je buah yang berharga, setiap jenis buah yang Allah jadikan juga adalah berharga. Setiap apa yang Allah cipta di muka bumi ini, ada rahsia atau kegunaan di sebaliknya. Cuma kita perlu teroka dan buka minda apa yang perlu dibuat dengan ciptaan-Nya supaya ia memberi manfaat kepada manusia.

Jadi, jangan cepat mengeluh asyik cakap "tak cukup duit". Asalkan kita berusaha, segalanya mungkin akan jadi.

*Berbudilah kepada tanah walaupun hanya dengan menanan cili, insyaAllah akan ada hasilnya.


6 ulasan for "Jadi Jutawan Kerana Durian"

  1. Wah jual durian pun boleh jadi kaya yeah.. Murah rezeki ;)

    BalasPadam
  2. Harga buah durian kampung agak tinggi pada tahun ini.
    Rezeki pekebun durian.

    BalasPadam
  3. Sedapnya durian.. Hari tu tak puas makan sebab tak dapat yang kuning & pekat tu..
    RosmizaAli.Com

    BalasPadam
  4. Terus tekak rasa nak makan durian..padahal tengah batuk ni...

    BalasPadam
  5. untung ada kebun,dusun buah-buahan =)

    BalasPadam