Resepi Kerepek Popia Cheese Rangup - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

13 July 2016

Resepi Kerepek Popia Cheese Rangup

Resepi Kerepek Popia Cheese

Sedap betul mengunyah kerepek popia cheese ni. Rasanya seakan-akan keropok keju jenama Cheezel yang ada di pasaran. Kerepek popia cheese sesuai untuk dijamu sebagai juadah ketika raya atau dimakan pada bila-bila masa. 

Setiap kali hari raya, saya akan buat kerepek popia cheese dan popia nestum. Memang laris waktu raya. Antara kerepek yang menjadi perhatian tetamu. Nak buat pun mudah je. Buat sendiri lagi jimat berbanding beli siap sebabnya akan dapat banyak. Untung tau. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati. 
popia cheese
Kerepek popia cheese


Resepi Kerepek Popia Cheese Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus kulit popia
100 gram serbuk keju (atau mengikut kuantiti kesukaan anda)
Lidi satay atau chopstick (Untuk menggulung, kalau takda takpe)
2 sudu besar tepung gandum dicampur sedikit air (Sebagai pelekat)
Minyak masak (Untuk menggoreng)

Cara-cara membuatnya:

1. Gulung kulit popia dengan menggunakan lidi satay atau chopstick (supaya mudah gulung, kalau taknak guna pun takpe). Tinggalkan sedikit hujung kulit popia untuk dilekatkan dengan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis.

* Semasa menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Jika terlalu rapat, kena goreng lama supaya bahagian dalam gulungan kulit popia tu masak.

* Tutup bekas berisi kulit popia dengan kain lembab untuk mengekalkan kelembapan (supaya senang gulung dan dipotong)

*Kalau tak nak gulung, gunting kulit popia kecil-kecil pun boleh.

2. Kulit popia yang telah siap digulung, dipotong serong menggunakan gunting.

3. Goreng kulit popia dengan api sederhana sehingga garing, kacau rata supaya tidak ada yang hangus. Angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang telah siap digoreng sejuk seketika. Apabila sudah sejuk, tabur serbuk keju ke atas kulit popia. Gaul rata agar semua kulit popia disaluti dengan serbuk keju. Simpan dalam bekas kedap udara.

Siap! Selamat mencuba.



1 comment:

Terima kasih atas komen anda