Cetak Foto Semudah ABC dengan WePrint Machine - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

23 August 2016

Cetak Foto Semudah ABC dengan WePrint Machine

WePrint Machine, mesin cetak foto segera

Asyik ber’selfie’ je tapi jarang atau tak terfikir pun nak cetak gambar tu. Mungkin disebabkan kekangan masa, susah nak ke kedai gambar untuk cetak. Anda dalam golongan begini? Tak perlu bersusah payah lagi, cetak saja foto dengan WePrint Machine hanya melalui aplikasi WeChat.


Apa itu WePrint Machine?

Ia adalah mesin mencetak foto segera berkualiti tinggi, yang mencetak foto daripada apa saja jenis telefon pintar, kurang daripada 1 minit melalui aplikasi WeChat. Foto pula akan dicetak di atas pelbagai jenis material seperti photo paper, magnetic paper atau dicetak terus secara heat transfer ke atas cover telefon pintar dan button badge

WePrint Machine

Selain itu, WePrint Machine juga adalah sebuah alat pemasaran atau pengiklanan yang mempunyai potensi perniagaan yang hebat. Ia memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza. Banyak pasar raya yang telah membeli mesin cetak foto segera WePrint ini untuk melayan pengunjung mereka. Di samping itu, WePrint juga disewakan kepada syarikat-syarikat pengurusan acara. Paling penting, ia adalah alat pengiklanan yang sesuai untuk hampir kesemua jenis perniagaan.

Bagaimana WePrint Machine berfungsi?

WePrint Machine berfungsi semudah ABC. Hanya perlukan kurang daripada 1 minit untuk mecetak foto.Yang paling utama pastikan aplikasi WeChat telah di’install’ di dalam telefon pintar anda.

Cara-cara menggunakan WePrint Machine:

WePrint Machine

1. Buka aplikasi WeChat, imbas kod QR dan follow WePrint di aplikasi Wechat.
2. Pilih negeri dan acara.
3. Pilih gambar yang anda ingin cetak kemudian klik ‘Print Photo’
4. Crop gambar dan masukkan kod ID seperti yang tertera pada skrin mesin.
5. Gambar anda siap dicetak di atas kertas yang berkualiti.

WePrint Machine Sebagai Medium Pengiklanan

Anda percaya tak yang WePrint machine boleh bawa keuntungan kepada kita terutamanya peniaga?

Mesin cetak gambar segera ini direka untuk membantu pengiklan untuk memberitahu orang awam yang menggunakan mesin ini tentang produk atau servis yang dijalankan.

Contohnya, anda adalah pengeluar produk berupa minyak wangi. Mesin cetak WePrint digunakan dalam satu acara korporat atau apa saja majlis yang berkaitan. Kemudian mesin tersebut akan memaparkan iklan tentang minyak wangi anda pada skrin mesin WePrint sementara menunggu foto siap dicetak. Pasti ramai yang menggunakan WePrint Machine menlihat iklan tersebut dan ada yang tertarik dengan minyak wangi yang dipaparkan setelah melihat iklan ini. Betul tak?

Selain memaparkan iklan pada skrin, template pada foto juga boleh direka dengan meletakkan jenama atau maklumat tentang sesebuah perniagaan. Jadi, orang ramai akan sentiasa ingat dengannya. Contohnya seperti gambar di bawah ini:

WePrint Machine

Jadi, WePrint Machine juga adalah salah satu medium pengiklanan yang bagus bagi memperkenalkan sesebuah produk atau servis. Lagi ramai orang tahu, lagi bagus kan?

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia telah melihatnya di beberapa pusat membeli-belah utama atau pameran. WePrint semakin popular apabila ia telah mencipta kesedaran dalam beratus-ratus pameran bergerak dan pameran, mempunyai beribu-ribu pengikut di Wechat, mencetak beribu-ribu salinan foto dalam sebarang acara sejak ia dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015. Daripada acara-acara ini dan pangkalan data yang dikumpul, mesin ini menunjukkan bahawa ia sebagai alat perniagaan yang berpotensi untuk mengaut keuntungan yang besar.

WePrint Machine

Anda ingin menggunakan perkhidmatan mesin cetak foto segera WePrint jika anda nampak ia berada di mana-mana sahaja? Hanya imbas kod di bawah untuk mendapatkan potongan harga cetak foto. Diskaun hanya sah sehingga 30 November 2016.

diskaun WePrint Machine


Pembekal WePrint Machine

Liberty Printing menjadi pembekal bahan dan mesin cetak heat transfer di Malaysia. Mesin cetak foto segera WePrint telah diimport secara eksklusif, diurus dan diedarkan oleh Liberty Printing sejak 2015.

Kepada anda yang ingin menjadi pengedar, menggunakan perkhidmatan atau mendapatkan mesin cetak foto segera ini, hubungi pihak Liberty Printing seperti yang tertera di bawah:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)

Alamat: 6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3, Kristal Klang Commercial Centre, 42100 Klang, Selangor.

No. telefon: 019-985 8151 (Elaine)

Emel: order@libertyprinting.com.my

Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi - 6 petang)

Web: http://www.weprint.asia

Facebook: https://www.facebook.com/weprintmachine



What can we print for you? We can print photo for you with free!



2 comments:

  1. senangnya nak print sekarang ni kan. bagus2 :)

    ReplyDelete
  2. wow...semua kat hujung jari..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda