Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dapat Dosa Kerana Durian

Dapat Dosa Kerana Durian

Durian boleh buat orang yang menggemarinya jadi gila. Gila sebab dah suka sangat kan. hehe. Saya juga penggemar buah durian. Aroma dan rasanya memang menarik hati. Harganya juga boleh tahan mahal. Jadi, ramai orang mengambil kesempatan dengan menjual durian apabila tiba musimnya.

durian

Dengan durian boleh jutawan. Dengan durian juga boleh dapat dosa. Dapat dosa? Macam mana tu?

Mencuri
Beruntung bagi pemilik kebun durian. Boleh juga mereka menjual hasilnya dan pulangannya juga agak lumayan. Disebabkan itu juga, ada segelintir orang yang mengambil langkah mudah dengan mencuri durian di kebun kepunyaan orang lain. Durian yang dicuri tu pula dijual kepada orang ramai. 

Menipu timbangan
Ada juga yang taksub sangat bila dapat duit berkepuk. Dalam keghairahan mencari keuntungan, ada peniaga durian yang sanggup menipu dalam timbangan. Kadang-kadang pelik juga tengok di pasar, buah durian tu kecil je tapi bila ditimbang beratnya tak sepadan dengan saiznya. Berniaga tu bagus dah. Sunnah Rasulullah. Janganlah dirosakkan ia. Jika betul berniaga ikut syarat, insyaAllah kita juga yang dapat pahal.

Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Rasuah
Dalam urusan jual beli durian juga tak terlepas dari gejala rasuah. Macam-macam cerita keluar tentang rasuah musim durian ni. Ada ornag yang menjalankan kegiatan mencuri durian di kebun atau dusun meminta orang yang dah tahu tentang hal ini untuk 'tutup mulut'. Maka diberikan duit kepada orang tersebut. Ada juga orang yang sibuk mencarikan pelanggan untuk peniaga durian dan dia berharap akan mendapat sesuatu daripada peniaga durian tersebut. Senang cerita duit kopi la..

Seperti yang telah dinyatakan di laman portal e-Muamalat Jakim,
Sesetengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Dalam situasi apa sekalipun, jika ia adalah rasuah maka ia tetap rasuah. Hukumnya tetap haram.

Mungkin disebabkan kurangnya ilmu agama atau leka dengan dunia membuatkan kita menghalalkan yang haram. Jangan jadikan perniagaan yang merupakan sunnah Rasulullah dicemari dengan perbuatan yang dikeji Allah.

Berniaga mudah dapat duit, tapi senag juga untuk dapat dosa daripadanya. Allah.. semoga kita semua dijauhkan daripada perbuatan yang tak baik ni. InsyaAllah. 


1 ulasan for "Dapat Dosa Kerana Durian"

  1. Haah kan , nak puas diri sendiri / untung ada saja manusia / peniaga yang sanggup berbuat demikian.

    BalasPadam