Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Mengapa Berperang Kita Darinya Seorang?

Manusia semua sama tetapi kenapa berperang?

Perang terjadi kerana agama, harta, tidak pusa hati terhadap sesuatu dan lain-lain lagi. Yang berperang tu sudah pastinya manusia. Dalam keluarga pun boleh terjadi pergaduhan. Padahal manusia semua sama.

perang

Kenapa berperang? Kenapa bergaduh? Sedangkan manusia semua sama berasal dari Nabi Adam. Hitam atau putih kulitnya, semua adalah keturunan Nabi Adam.

Bisikan halus syaitan dan tipu dayanya telah berjaya menghasut manusia. Lihat saja negara Palestin yang dibedil oleh Israel. Tidak cukupkah lagi tanah Palestin yang dijajah oleh Israel sehingga ke hari ini tidak henti perangnya?

Tepuk dada, tanya iman. Kalau tanya selera mungkin tak pernah cukup. 

Al-As’yari mengatakan, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sungguh, Allah menciptakan Adam dari suatu genggaman yang Ia ambil dari seluruh bumi, lalu keturunan Adam muncul sepenuh bumi, diantaranya ada yang berkulit putih, merah, hitam dan campuran antara semua warna itu, ada yang berwatak lembut dan menurut, dan ada yang berwatak keras, juga ada yang wataknya campuran di antara keduanya, ada yang buruk dan ada yang baik, ada juga campuran di antara keduanya.”

Dengarkan lagu nyanyian Faizal Tahir, Adam.



2 ulasan for "Mengapa Berperang Kita Darinya Seorang?"

  1. best kan lagu Adam ni. biasa dengar kat radio Ikim.fm hehehe

    BalasPadam
  2. sedap lagunya...thanks kak for sharing...
    :)

    BalasPadam