Luahkan Bakat Terpendam Dalam Kempen #bersatuTENAGA - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

08 September 2016

Luahkan Bakat Terpendam Dalam Kempen #bersatuTENAGA

Kempen #bersatuTENAGA oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Hari Malaysia akan tiba dalam beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 16 September 2016. Apa yang menariknya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan satu kempen iaitu  #bersatuTENAGA sempena Hari Malaysia. Pasti anda tertanya-tanya, apa itu #bersatuTENAGA bukan?

bersatuTENAGA

Kempen #bersatuTENAGA ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kempen ini dengan menghantar video mudah mengikut lagu atau lirik yang TNB sediakan. Kempen #bersatuTENAGA ini dirancakkan lagi dengan penyertaan tiga orang artis terkenal tanah air iaitu Faizal Tahir, Jaclyn Victor and Elizabeth Tan. Wah.. ini berita baik untuk semua rakyat Malaysia yang ingin menonjolkan bakat terpendam.

Mudah je! Apa yang anda perlu buat ialah lengkapkan lagu yang dah ada bahagian chorus dengan lirik anda sendiri atau rakam aksi anda menyanyi, menari, bermain alat muzik, miming ala dubmash atau apa sahaja aksi yang boleh merancakkan lagu ini dan upload video berdurasi 1 minit di Instagram dengan hashtag #bersatuTENAGA serta tag @tenaga_nasional.

Tapi... kalau anda malu2 kucing nak nyanyi ke, nak menari ke... jangan risau. Anda masih boleh sertai kempen ini dengan menghantar apa sahaja video kreatif yang anda rasa apa yang dibuat tu dapat menghiburkan dan diselitkan dengan lagu #bersatuTENAGA. 

Kalau anda nak tau, video rakaman yang terpilih akan dimuatkan menjadi satu video klip! Memang menarik ni. Haaa inilah peluang anda untuk muncul sebaris dengan Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan. Tak kan tak nak kot... rugi tau.

Sebagai tanda saya menyokong kempen ini, saya juga telah sertai dengan sebuah video. Nak nyanyi, segan pulak. ehehehe. Maka jadilah video ini buat tatapan anda . . .



Saya yakin, anda pun boleh buat juga. Cepat upload video anda di Instagram. Jom sama-sama kita #bersatuTENAGA!

bersatuTENAGA

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini:

Anda boleh terus ke page Facebook TNB’s Facebook:

https://www.facebook.com/TNBCareline/

 Tentang kempen #bersatuTENAGA:

https://www.facebook.com/notes/tnb-careline/bersatutenaga-a-song-that-wont-sound-right-without-your-voice/1411108805569441


#bersatuTENAGA
A song that won’t sound right without your voice


3 comments:

  1. tahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016

    ReplyDelete
  2. comel video tu mai..kreatif..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda