Jangan Tertipu Dengan Usia Muda - MaisarahSidi.com

KLIK> Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Instagram

10 October 2016

Jangan Tertipu Dengan Usia Muda

Jangan Tertipu Dengan Usia Muda

Ramai yang tertipu dengan usia muda. Apabila berada dalam usia muda, ramai yang fikir masih lambat lagi untuk bertemu dengan kematian. Disebabkan itu, ada sesetengah orang mengabaikan kesihatan pada usia muda. Ada yang mensia-siakan waktu muda. Tetapi, kita perlu ingat kematian tidak menunggu kita.

usia muda, umur

Ada yang berkata, "usia ni nombor je, ape nak kisah sangat". Yelah, muka pun masih nampak muda walaupun umur sudah menginjak ke umur 50. Tapi usia atau umur ini adalah kiraan berapa banyak amalan kebaikan yang kita dah lakukan selama hidup sepanjang umur itu. Bayangkan kalau kita dah hidup selama 50 tahun tapi amat sedikit amalan baik yang kita buat. Allahu.. sayangnya dengan usia kita tu. Sia-sia je kan.

Jadi, dengan usia kita dapat audit diri. Masih punya masa untuk memperbaiki diri kita sebelum kita dipanggil Ilahi. Juga masih punya masa untuk bertaubat sebelum terlambat.

usia muda, umur

Mungkin kita tidak sedar, semakin hari umur semakin bertambah. Adakah umur kita masih panjang atau sebaliknya? Kita sendiri tidak mengetahuinya. Semoga saya, saya, saya dan anda bersama manfaatkan umur kita dan usia kita diberkati Allah. InsyaAllah.

:: Jangan tertipu dengan usia muda ya :)

2 comments:

Terima kasih atas komen anda