Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

Tips untuk Berjaya

Bercakap soal kejayaan, ada juga dalam kalangan kita yang merungut kerana susah untuk berjaya dalam hidupnya. Ada yang susah mendapat pekerjaan. Ada yang lambat mendapat jodoh. Ada yang dalam hidupnya selalu sakit. Ada yang sering gagal dalam pelajarannya dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi.

Mungkin ada khilaf dan dosa yang kita terlepas pandang membuatkan kita masih belum bertemu dengan kejayaan. Tetapi kita perlu tahu yang memberikan kita dugaan dan ujian ini adalah Allah. Dengan masalah yang muncul, menjadikan kita kreatif untuk berfikir dan berusaha mencari penyelesaian dan tidak mudah putus asa untuk mengecapi sesuatu kejayaan.

tips untuk berjaya

Hari ini ada rakan yang berkongsi tentang tips untuk berjaya dalam group Whatsapp. Terima kasih banyak-banyak kepada penulis asal yang menulis tentang ini, semoga Allah merahmatimu. Jadi, saya kongsikan tips tersebut di sini.

Tips untuk Berjaya dalam Kehidupan

Syukur
-Sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi. Walaupun diuji pelbagai dugaan, bersyukurlah dan berdoalah agar Allah menguatkan hati kita untuk hadapi dugaan.

Senyum
-Sentiasa senyum,dengan melebarkan senyuman yang ikhlas kita dapat buang perkara negatif.

Salam
-Bersalaman dan memberi salam terutama bagi orang Islam.

Sedekah
-Sedekah mengikut kemampuan kita dengan ikhlas, InsyaAllah akan rasa tenang kerana dapat bersedekah.

Sujud
-Allah pernah berkata, waktu paling dekat dengan-Nya adalah semasa sujud. Sujud lah sebanyak mungkin agar kita dapat merasakan 'The Power Of Sujud'.

Selawat
-Sentiasalah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Allah pernah berkata ' Sesungguhnya Allah dan Para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas nabi, Wahai Orang Beriman Ucapkanlah salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W'.

Serah
-Usaha sebaik mungkin dan serahkan kepada Allah kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Sumbang
-Bantulah orang lain untuk meringankan beban dia dengan ikhlas dan sumbanglah tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Sabar
-Sentiasa sabar dalam apa jua keadaan. Walaupun diuji dengan berat, bersabarlah kerana Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

Apa tunggu lagi? Jom mulakan dari sekarang laksanakan tips di atas. Kejayaan tidak datang bergolek kepada kita. Kita yang kena cari. Jika pernah gagal, gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Gagal adalah asas kepada kejayaan. 

Semoga perkongsian ini memberi kesan dan manfaat serta menjadi peringatan kepada saya dan pembaca semua. InsyaAllah.


2 ulasan for "Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?"

  1. betul semua tu..kadang2 kita terlupa kan mai.. akk ru follow blog mai.. apalah kan tak perasan xfollow lg selama ni. hmm.

    BalasPadam
  2. betul !! kejayaan itu tak semudah yang kita sangka. kita perlu berkerja keras untuk perolehinya

    BalasPadam