Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Fenomena Supermoon pada 14 November 2016

Fenomena Supermoon Terbesar 14 November 2016

Malam ini (14 November 2016) kita bakal menyaksikan fenomena Supermoon. Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

fenomena supermoon

Menurut seperti yang diberitahu di Facebook Agensi Angkasa Negara, kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016 iaitu pada malam ini. 

Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.

fenomena supermoon

Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Wahh.. rugi kalau tak tengok malam ni. Jangan lupa set waktu malam ni untuk tengok ya!

Sumber rujukan dan foto: Facebook Agensi Angkasa Negara

5 ulasan for "Fenomena Supermoon pada 14 November 2016"

  1. insyaAllah malam ni jom sama2 tengok

    BalasPadam
  2. Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    BalasPadam
  3. Set jugak jam haritu, malam tu hujan. Tapi, alhamdulillah sempat jugak nampak bulan lepastu. :)

    BalasPadam