Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jangan Hina Si Pendosa Itu

Hidayah Milik Allah

Kita mudah menghukum sesiapa sahaja yang kita lihat salah di depan mata. Ramai yang suka mencari keburukan seseorang berbanding kebaikan yang dilakukannya. Mungkin mereka merasakan dirinya adalah lebih baik daripada yang bersalah itu. Tapi kenapa perlu tuding jari terus kepadanya?

Mungkin yang pernah lakukan dosa itu akan ke syurga. Atau yang disangka baik itu akan ke neraka. Hanya Allah yang mengetahuinya. Siapa kita untuk menghakimi orang lain atas apa yang telah dilakukannya.

hidayah Allah

Mudahnya lidah berbicara yang tidak benar tentang sesuatu keburukan orang lain. Lantangnya lidah mengherdik si pendosa itu. Kenapa tidak kita menasihatinya dengan cara penuh hikmah? Kenapa kedekut untuk berdoa supaya dia diberikan kekuatan oleh Allah untuk berubah? Jangan mudah menghukum orang lain atas kesalahannya kerana hidayah milik Allah. Bukan tugas kita untuk menghisab dosa orang lain. Sesiapa sahaja Allah akan hadirkan cahaya hidayah kepadanya. Dan kerana hidayah itu, mungkin si pendosa akan menjadi jauh lebih baik daripada kita.

Jadilah seperti mata lebah yang selalu mencari bunga yang cantik untuk dihiggapinya sekalipun ia berterbangan di dalam kawasan yang dipenuhi sampah-sarap. Jangan jadi seperti mata lalat yang selalu mencari najis, bangkai dan sampah-sarap sekalipun ia berterbangan di taman bunga yang indah dan harum.

Jangan menghina si pendosa kerana diri kita sendiri belum tentu sempurna di mata Allah. Yang harus dibenci itu dosa, bukan si pendosa. Semoga coretan ini menjadi peringatan kepada saya, saya, saya dan anda semua. InsyaAllah.


2 ulasan for "Jangan Hina Si Pendosa Itu"

  1. Insyaallah, sama2 la kita berusaha ke arah yang lebih baik

    BalasPadam
  2. Allahuakbar, Allah masi syg hamba2 agar tidak leka dengan mainan dunia

    BalasPadam