06 November 2016

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Keputusan UPSR 2016

Pelajar tahun 6 telah pun selesai menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijalankan pada awal September 2016 yang lalu. Dalam beberapa hari saja lagi calon bakal menerima keputusan peperiksaan UPSR.

Tarikh Keputusan UPSR 2016

Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2016

Tarikh rasmi pengumuman keputusan UPSR 2016 ialah pada  17 November 2016 (Khamis).
Calon UPSR perlu hadir ke sekolah pada tarikh tersebut bagi mendapatkan slip keputusan. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara online dan sistem pesanan ringkas MySMS 15888.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2016 secara online, boleh klik > Aplikasi Sistem Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan.
Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan diumumkan secara rasmi. Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan. Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Semakan Keputusan UPSR 2016 Secara Online

Untuk membuat semakan keputusan UPSR 2016 menggunakan perkhidmatan SMS:

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888.


Semoga semua calon UPSR 2016 mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan ini. InsyaAllah.

Sumber Asal:  mysumber.com

Previous Post
Next Post

About Author

2 ulasan:

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)