Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

5 Wanita Inspirasi yang Patut Dicontohi

Wanita Inspirasi Sejarah Islam

Wanita yang memiliki hati dan jiwa yang besar serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi terhadap agama Islam. Wanita inilah yang patut dicontohi keperibadiannya. Jom kenal 5 Wanita Inspirasi dalam lipatan sejarah. 

Wanita Inspirasi Sejarah Islam

1. Rumaysa' a.k.a Umm Sulaim

  • Ibu kepada Anas Bin Malik, antara periwayat hadis yang paling banyak.
  • Merupakan seorang Ansar. Memilih untuk memeluk Islam sementara suaminya, Malik tidak menerima Islam.
  • Selepas suami meninggal dunia, Rumaysa' telah dilamar oleh Abu Thalhah, seorang hartawan. Tetapi menolak mahar emas dan perak dan hanya menerima lamaran sekiranya Abu Thalhah memeluk Islam.

2. Umm Umarah a.k.a Nusaybah Binti Ka'ab

  • Salah seorang serikandi Islam dan pejuang Muslimah Islam yang pertama.
  • Menyertai Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait Al-Aqabah.
  • Nusaybah membantu mengurus logistik, merawat orang-orang yang terluka. Juga terjun ke medan perang dan mengangkat senjata untuk melindungi Rasulullah ﷺ.

3. Umm Rumaan

  • Isteri kepada Saidina Abu Bakar r.a dan ibu kepada Asma' serta ibu mertua kepada Rasulullah ﷺ. 
  • Anak lelakinya, Abdurrahman ialah penunggang kuda yang hebat dan ketua strategi dalam perang.
  • Mendidik anak-anak mengenal erti keberanian dan keteguhan jiwa dalam menghadapi peperangan musuh Islam.
  • Terkenal dengan sabar, bertolak ansur, sentiasa cuba untuk berfikir dengan baik dan tidak terikut-ikut dengan kata-kata masyarakat tentang sesuatu perkara.


4. Khawlah Az-Azwar

  • Sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan menunggang kuda.
  • Menyertai peperangan berhadapan tentera Rom, menunggang kuda dan bertarung dengan hebat sehingga Panglima Khalid Al-Walid kagum dengan ketangkasannya dan keberaniannya.
  • Turut terlibat dalam penaklukan Mesir, sehingga namanya disebut-sebut. Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam.


5. Hafsah Binti Umar

  • Hafsah ialah anak kepada Saidina Umar Al-Khattab, dibesarkan dalam keluarga pejuang dan mengamalkan kehidupan beragama. Melazimi solat dan berpuasa. Juga seorang penulis dan penyampai yang hebat.
  • Berkahwin dengan Khanis bin Huthafah As-Sahmi dan kemudian suaminya meninggal selepas Perang Badar.
  • Ayahnya bertanya kepada Abu Bakar r.a dan Uthman r.a sekiranya ingin mengambil Hafsah sebagai isteri tetapi mereka menolak.
  • Rasulullah  sendiri telah meminang Hafsah selepas itu dan berkahwin dengannya.

Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu menggoncang dunia. Jom audit diri kita supaya dapat menjadi yang terbaik di pandangan Allah. InsyaAllah.


Sumber: Geng Usrah 


2 ulasan for "5 Wanita Inspirasi yang Patut Dicontohi"

  1. nama anak saudara aina, nusaibah al-khawlah. serikandi islam bersifat kepahlawanan. hehe

    BalasPadam