Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kronologi Konflik Rohingya

Kronologi Konflik Rohingya

Saban hari, masyarakat Islam Rohingya terus dipinggirkan dari Myanmar dan hak mereka di negara tersebut turut dinafikan sehingga ramai yang menjadi pelarian dari negara sendiri. Mengapa jadi begini? Jom ambil tahu tentang kronologi konflik Rohingya.

Konflik Rohingya

  • Rohingya merupakan kelompok minoriti Muslim bermazhab Sunni, menetap di Arakan atau lebih dikenali sebagai nama Rakhine sekarang.
  • Ketika zaman pemerintahan British, mereka diklasifikan sebagai Indo-Burman dan ketika Myanmar mencapai kemerdekaan mereka telah dianggap sebagai bukan warganegara, sedangkan Rohingya telah mendiami Rakhine sejak ratusan tahun dahulu.
  • Kehilangan identiti masyarakat Islam Rohingya berlaku apabila mereka melarikan diri ke Bangladesh pada tahun 1942 ketika berlaku perang etnik dan apabila mereka kembali semula ke Myanmar, mereka tidak lagi diakui sebagai rakyat di negara itu.
  • Nasib malang terus menimpa mereka apabila Undang-Undang Kewarganegaraan Burma (Citizenship of Burma) yang diperkenalkan pada tahun 1982 diluluskan oleh Ne Win bertujuan mahu menghapuskan terus etnik Rohingya dari peta Myanmar.
  • Penduduk Muslim di Arakan dihapuskan secara besar-besaran sejak Burma menceroboh Arakan pada tahun 1784. Mereka mahu menukar Arakan menjadi wilayah Buddha yang berpengaruh di Myanmar.
  • Antara operasi yang paling kejam ke atas masyarakat Rohingya adalah operasi Naga Min (King Dragon Operation) yang merupakan sebahagian daripada Pelan 20 tahun Pembasmian Rohingya (The 20-year Rohingya Extermination Plan).
  • Operasi pembasmian dilakukan pada 6 Februari 1978. Orang Rohingya bertindak menentang balas setelah menyedari bahawa mereka menjadi sasaran. Penentangan Balas ini dijadikan alasan pihak kerajaan untuk bertindak lebih kejam. Beratus-ratus Muslim lelaki ditangkap kemudian dipenjara, ada yang dibunuh malah kaum wanita turut dirogol.
  • Umat Islam Rohingya berhadapan dengan penindasan dari sudut agama. Masjid, madrasah dan sekolah agama diarahkan supaya dimusnahkan, mereka juga turut dihalang daripada membaik pulih masjid yang sedia ada. 
  • Kanak-kanak Rohingya didiskriminasi dari sudut pendidikan dan penjagaan kesihatan. Mereka juga menghadapi masalah kebuluran, hampir 60% kanak-kanak Rohingya mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Allah.. hina sangatkah umat Islam sehingga mereka sanggup melakukan pelbagai kezaliman kepada masyarakat Islam Rohingya? Apakah masyarakat Islam Rohingya akan memberi kesan buruk terhadap negara tersebut? 

Apa sekalipun yang terjadi, teruskan berdoa buat masyarakat Islam Rohingya, dan negara Islam terjejas yang lain. Semoga doa kita menjadi senjata yang dapat menghapuskan kezaliman ke atas umat Islam. Jom berdoa!

Sumber: QuranicGen
Kredit foto: fortune.com


Catat Ulasan for "Kronologi Konflik Rohingya"