29 Disember 2016

Sakitnya Digigit Cengkenit!

Sakitnya Digigit Cengkenit!

Cengkenit... badan je kecil tapi sakit kerana gigitannya memang terasa. Kalau dah cabut daripada kulit, sampai seminggu terasa sakitnya. Parut kesan gigitan pula menjadi warna lebih gelap daripada warna kulit. Kecil tapi berbisa.

cengkenit, pirah, kutu babi
Sumber: Google (tak tahu siapa pemilik sebenar gambo ni)

Saya panggil binatang kecil ni cengkenit. Macam-macam lagi paggilan yang ada untuk cengkenit ni. Ada yang panggil sengkenit, pirah dan kutu babi. Dalam Bahasa Inggerisnya, Tick. Cengkenit adalah dalam kelas Araknid. Menurut sumber dari laman Wikipedia, Araknid ialah haiwan invertebrata daripada kelas (Arachnida) yang mempunyai empat pasang kaki (lapan kaki) dan mata ringkas dalam subfilum Chelicerata. Cengkenit ialah ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan makan darah pada mamalia, burung, dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.

Hari tu cengkenit gigit di bawah lengan, kawasan yang hampir dengan ketiak. Saya mula perasan ada cengkenit sebab rasa gatal-gatal dan sakit di kawasan tu. Belek kat cermin, sah memang ada cengkenit. Mujur la tak berapa besar saiz cengkenit tu. Nak cabut cengkenit ni..adoiii sakitnya terasa sangat sebab cengkaman cengkenit ni agak kuat. Kalau cengkenit tu dah 'bertapak' lama pada kulit, memang besar la saiznya sebab dah hisap banyak darah dan seksa nak cabut. Geli lagi tu.. Euuuwww

Mungkin saya dapat cengkenit tu daripada cengkenit yang melekat pada bulu kucing di rumah. Kalau selalu keluar masuk semak atau hutan juga mudah dapat cengkenit.

Cengkenit ni suka hisap darah di kawasan yang berkulit nipis. Patutlah cengkenit ni suka menempek di kawasan telinga kucing. Saya selalu cabut cengkenit yang ada pada telinga kucing saya. Banyak pulak tu. Macam la agaknya kucing ni rasa kan. Manusia kena pun dah sakit. Ini seekor cengkenit besar yang saya dapat daripada kucing...

cengkenit, pirah, kutu babi

Tengok cengkenit ni jalan. Laju kan?


Selalunya saya cabut guna tangan je. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menanggalkan cengkenit...

Cara untuk menanggalkan cengkenit

Berikut adalah cara-cara untuk menanggalkan cengkenit daripada kulit:

1. Alkohol - sapu alkohol pada cengkenit. Nanti dia pedih dan mudah dicabut.

2. Air Tembakau - kemudahan untuk rumah yang ada penghisap rokok daun. Titis pada cengkenit nanti dia pening dan tanggal

3. Cabut dengan tangan atau penyepit - kalau dia masih kecil dan belum grip sangat, boleh cabut guna tangan.

4. Kapur sireh - sapukan kapur sireh pada cengkenit. Cengkenit tak suka panas, jadi ia akan menanggalkan dirinya.

Bahaya Gigitan Cengkenit

Gigitan cengkenit ni bahaya juga. Kalau kanak-kanak yang kena, boleh sampai dapat demam. Cengkenit juga membawa penyakit berbahaya seperti Lyme Disease. Kalau ada cengkenit melekat pada kulit tu jangan segan-segan nak cabut ye. Bahaya oiii. Cepat-cepat basuh atau sapu antiseptik selepas cabut cengkenit.

Begitulah serba sedikit cerita tentang cengkenit yang halus tapi berbisa ni. Semoga kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam apa jua keadaan.

Sumber cara menanggalkan cengkenit: Petua Kulit


Previous Post
Next Post

About Author

6 ulasan:

  1. Hadoiii mintak dijauhkanlah dengan bende alah ni.. Sakit wooo kalau kena.. Time nak cabut tu yang sakit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui sakit sangat..lagi2 kalau kena kat kawasan yg berkulit nipis.

      Padam
  2. tu dia.

    memang sakit kalau kena gigit.

    BalasPadam
  3. baru tau nama benda ni cengkenit..hahahah..kita tahu panggil pirah je..tapi memang sakit oiii kena benda ni...hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam2 nama org panggil dia ni..tau takpe sakit sangat oooo

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)