Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Salam semua. Ramai yang sudah mengetahui tentang berita sedih yang menimpa Aleppo, Syria. Atau masih ada yang belum tahu tentang apa yang telah terjadi kepada sauadara Islam kita di sana? Ayuh, kita ambil tahu dan bertindak untuk membantu mereka. Jom sertai Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider dengan mengutarakan perasaan atau pendapat anda tentang kekejaman yang berlaku di sana. 

Klik banner di bawah ini untuk sertai.

pray4aleppo
Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider

Semakin hari, semakin ramai umat Islam yang menjadi sasaran peluru tidak bermata yang dilepaskan oleh tangan-tangan orang yang membenci Islam. Rejim Bashar al-Assad dan sekutunya telah menyerang Aleppo tanpa rasa belas kasihan. Disebabkan serangan tersebut, mereka kehilangan tempat tinggal, makan minum tidak terurus sehingga mereka terpaksa makan apa sahaja yang boleh dimakan untuk meneruskan hidup.

Allah. Sedih, sayu, geram...semua perasaan ini ada. Kita yang berada di sini jangan hanya memandang sebelah mata. Doa dan salurkan derma atau apa sahaja bentuk bantuan untuk membantu mereka semampu dan seikhlas kita. InsyaAllah, semoga perlindungan daripada Allah sentiasa bersama mereka.


Segmen ini akan berlangsung pada 17 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.
Klik banner di atas untuk sertai segmen ini.


1 ulasan for "Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider"

  1. terima kaseh kerana sudi join segmen ini. teruskan doa anda buat aleppo

    BalasPadam